Assalamualaikum semua , Hari ini nak cuba kongsikan satu resepi yang selama mana aku belajar masa aku berkerja hari itu . Macam macam aku tahu tapi nak share satu je hari ini . Asalkan kongsi yer dok ?
Resepi kuih Donut a.k.a big apple kata ko haha
Bahan bahan yang selalu aku pakai ler ..
1 kg tepung gandum lagi halus lagi gebu
1 paket yis
1 biji telur ( buang tali pusat nanty hanyir )
4 sudu mentega
4 sudu susu pekat
ubi kentang kalau nak lah kena tumbuk hancur-hancur tapi aku malas
secubit garam
Air secukupnya
Bahan kedua
gula dikisar
atau pun ikut hang nak letak apa cokolat ke ikut masing masing kreativiti
Cara-caranya ialah
Mula mula tepung tu kalo rajin tapis dulu malas tayah pun takpa . pastu rendamkan yis dengan air suam kuku .Biarkan seketika . Selepas itu masuk kan mentega,telur,susu,garam kedalam tepung then gaulkan sebati . Lepas itu masuk yis tadi bila tengok yis sudah kembang . gaul balik kemudian masukkan air secukup cukupnya kalo lembik susah nak uli melekat melekat . Biar nampak macam doh pastu uli lah sampai lembut then jemur biar yis itu naik . Bila tepung sudah naik gepal gepal jadi bulat . Lepas goreng lah bakar ke . Lepas sudah kesemuanya gaulkan pula dengan gula kisar atau apa apa yang menyelerakan ..ikut kreatif masing masing . Ini donut kos mahal . sendiri boleh lah ..
Kalau kos murah
Tepung
yis
minyak
garam
gula kisar .. jimat tapi manis juga sedap ...
Habis cerita sekiann ...
Wednesday, January 2, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ulasan:
wei tali pusat telur??? mcm mana tuh wei??
alaa ada dalam telur warna putih halus cari la antra puyih telur dan kuning telur .. kadang2 ada kadang2 tkda kot ..
Post a Comment