...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Sunday, January 6, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Pergi Buat Seketika Blogger

Assalamualaikum dunia blogger ..

Yahoo ! semangatnya aku untuk esok harap harap macam inilah . Kalau boleh nak tebus semua kegagalan yang lepas mulakan sesuatu yang baru dan masih berharap kekuatan keyakinan aku bertambah . Nak diceritakan ini mungkin last post aku apa hendak buat kan . Nanti ada ruang ada masa akan aku kesini menceritakan segalanya perjalanan dunia ini . HAHA itu yang mampu dituliskan so apa aku kesah . Sebab itu ramli sarip bagitahu Dunia ini perlumbaan ! kita harus mengejarnya okay ! walaupun saya agak terlambat tapi saya telah memulakan satu perkara yang baru semula . semoga saya berjaya . ameen :)

7 januari 2013 wahai Mohd Shahfiq Nizam Bin Sharuddin ketahuilah anda berada dalam dunia yang berbeza ketahuilah juga dunia itu penuh dugaannya berharap anda mampu lakukan walaupun ianya tidak terlalu tinggi pangkatnya dibandingkan dunia yang lain . Rahsia saya . pangkalnya " Dunia " .. ini sahaja yang saya mampu sebab minat saya yang pertama minat kedua dalam dunia masakan terlalu takut nak ceburi tak yakin haha . Seram pula lagi pun takut nak tinggalkan mak dah la mak sorang sorang je kat rumah . Alaa mak takpa kan pek pergi . Hope mak doakan pek baik baik disana nanti . Doakan agak anakmu yakin kuat dan mampu mengubah segala kelemahan dan kekurangan yang ada .

Anda yang membaca doakan aku segalanya dan mampu lakukan sesuatu untuk dunia aku sendiri . Semangat dan nasihat amat berguna untuk menambah keyakinan yang ada kan tak salah meminta . Okaylah apa apa pun terima kasih pada pembaca setia aku . Semoga kita berjumpa lagi haha ( apa aku ini merapu ) macam tak berjumpa  fb , twitter kan ada :) ...



" Good Bye "

Saturday, January 5, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Cinta itu Kenapa ?


Kenapa cinta bukan dari kehendak kita boleh buat kita bahagia ?
Kenapa cinta daripada orang tua kita boleh buat kita bahagia ?
Kenapa cinta terlalu cepat dengan dia kita juga boleh bahagia ?
Kenapa cinta bukan dari awal perkenalan kita masih boleh bahagia ?
Kenapa cinta terpaksa kita juga akan turut bahagia ?
Kenapa cinta terlanjur mampu akhirnya bahagia ?
dan kenapa cinta yang tulus terlalu lama kita mengejar bahagia ?

Adakah ini dugaannya . Ya Allah benarkah kamu menguji kemampuan kami kekuatan kami keangkuhan kami kesungguhan kami untuk membina satu kebahagiaan . Jika itulah yang dicari kami redha kami menyahutnya asalkan tiada memisahkan kami lagi . Sesungguhnya kami ingin memilik bahagia dunia dan akhirat .

Apabila aku mula berasa lemah adakah aku telah hilang rasa keyakinan untuk mencari untuk memiliki suatu perasaan yang semua manusia inginkan tapi bagaimana aku mulakan semula ? Tak semestinya cinta aku pada kekasih tetapi cinta aku pada semuanya kerana ada kesemuanya dalam hidup ini adalah terlalu sempurna hidup buatku . Tiada lagi kesunyian pudar juga kesedihan bila hari hari aku bersama sama mereka menjalani kebahagiaan bersama . Mungkin ini yang dicari .


#Letmeknowyou
#Letyouknowme

Friday, January 4, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Cerita aku Part 1 [ cinta itu sakit atau permainan ]

" Angin bawalah hati ini merasai kehadiran aku disisimu agar hatiku tidak kesunyian lagi " Rintihan seorang lelaki membisik-bisik pada bayangan hayalan dia . Kalau aku tahu cinta menyukarkan dan kalau aku tahu cinta itu satu permainan akan aku sedaya upaya memberi sepenuh tenaga aku . Kata kata selalu terbayang bayang dalam fikiran  membuat dia terasa terlambat dan sesal akan kisahnya yang lepas . Mampukah aku diberi peluang semula mampukah aku diberi kepercayaan semula ?

Lelaki yang bernama Am tidak menyedari bahawa dia telah leka dengan permainan percintaannya . Lalu dia telah menghampakan satu perasaan seorang gadis yang terlalu sempurna di depan matanya sendiri . Oleh kerana perangai dan sikap dia terlalu berubah gadis tersebut telah pergi jauh dari hidup Am . Pada mulanya perkenalan Am seorang yang terlalu sempurna dimata seorang gadis yang bernama Syu . Mereka berkenal sejak mereka bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Emas yang mana mereka seorang pengawas sekolah disitulah Am mula terpikat kepada Syu . Bagi Am memiliki Syu adalah satu yang teristimewa baginya tetapi dia mengambil masa terlalu lama untuk memiliki Syu . Mungkin bagi Am satu cabaran untuk memiliki hati yang pertama dalam hidupnya . Bagi Syu Am merupakan seorang yang pandai mengambil hatinya dengan cara dia gaya dia telah membuka pintu hati Syu untuk Am .Walaupun Am lebih setahun tua daripadanya . Masa itulah mereka telah menjalinkan hubungan percintaan .


0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

aku bermonolog



Mahu kemana aku langkahkan kaki ...
Mencari ketenangan hati ...
Apa yang ku buat serbanya tak kena ...
Masih juga aku begini ...

Puas sudah aku cari ketenangan ...
Apakah harus aku biarkan ...
Kesetiaan ini tiada lagi ...
Pergilah pergi jauh dariku ...

Mana mungkin ... mana mungkin aku ...
Masih juga menunggu ...
Apa mungkin ... apa mungkin aku ...
Melupakan semuanya ...
ohhh lunturnya kasihku padamu tuhan ...

Seribu daya cuba ku bertahan ...
Kesabaran punya batasan ...
Akan ku kenang harapan ku dahulu ...
bagai mimpi semalam ...

Mana mungkin ... mana mungkin aku ...
Masih juga menunggu ...
Apa mungkin ... apa mungkin aku ...
Melupakan semuanya ...
ohhh hilangnya cintaku padamu tuhan ...

Maafkanlah diri dan hati ini ...
Yang masih lemah pada dugaan mu ...
Cuba aku mencuba untuk hadapinya ...
Sekali lagi ku mengharapkan kemaafanmu  ...
dari seorang insan yang lemah ...


..Segalanyaaa..

Thursday, January 3, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Ambil masa 3 minit untuk saya :)

Assalamualaikum  pembaca . Salam Jumaat semua .
Hari ini nak rasa pinjam sesuatu pada perasaaan korang bolehkan . Pinjam nanti aku pulangkan .
Bolehkah aku tahu pandangan tentang blog aku ini ? Kalau sudi tolonglah bagitahu okay share is caring dear :) . Bagitahu apa apa pun asalkan tidak berunsur pengaduhan tapi menegur kesilapan diharuskan .
Kalau pujian juga dialu-alukan . okay lah mahu tidur selamat malam semua ..



Attention ! : )



0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

15 Fakta !



15 perkara yang anda mungkin tidak pernah tahu atau fikir tentang ....

1. Sekurang-kurangnya lima orang dalam dunia ini menyayangi anda dan mereka sanggup mati kerana anda .

2. Sekurang-kurangnya lima belas orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara .

3. Satu-satunya sebab seseorang pernah akan membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun mereka tidak menyukai anda.

5. Setiap malam, seseorang akan memikirkan tentang anda sebelum mereka pergi ke tidur.

6. Anda amat bermakna kepada dunia seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak boleh hidup.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak tahu wujud dia suka anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, sesuatu yang baik datang dari ia.

11. Apabila anda berfikir dunia telah berpaling pada anda, sila lihat: anda paling mungkin juga berpaling pada dunia anda sendiri .

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan apa yang anda mahu, anda mungkin tidak akan mendapat ia, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri, mungkin, lambat laun, anda akan mendapat ia.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan kenyataan biadap.

14. Sentiasa memberitahu seseorang bagaimana anda merasa tentang mereka, anda akan berasa lebih baik apabila mereka tahu.

15. Jika anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk membiarkan mereka tahu bahawa mereka adalah hebat.



Wednesday, January 2, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Resepi aku

Assalamualaikum semua , Hari ini nak cuba kongsikan satu resepi yang selama mana aku belajar masa aku berkerja hari itu . Macam macam aku tahu tapi nak share satu je hari ini . Asalkan kongsi yer dok ?

Resepi kuih Donut a.k.a big apple kata ko haha

Bahan bahan yang selalu aku pakai ler ..

1 kg tepung gandum lagi halus lagi gebu
1 paket yis
1 biji telur ( buang tali pusat nanty hanyir )
4 sudu mentega
4 sudu susu pekat
ubi kentang kalau nak lah kena tumbuk hancur-hancur tapi aku malas
secubit garam
Air secukupnya

Bahan kedua

gula dikisar
atau pun ikut hang nak letak apa cokolat ke ikut masing masing kreativiti

Cara-caranya ialah

Mula mula tepung tu kalo rajin tapis dulu malas tayah pun takpa . pastu rendamkan yis dengan air suam kuku  .Biarkan seketika . Selepas itu masuk kan mentega,telur,susu,garam kedalam tepung then gaulkan sebati . Lepas itu masuk yis tadi bila tengok yis sudah kembang . gaul balik kemudian masukkan air secukup cukupnya kalo lembik susah nak uli melekat melekat . Biar nampak macam doh pastu uli lah sampai lembut then jemur biar yis itu naik . Bila tepung sudah naik gepal gepal jadi bulat . Lepas goreng lah bakar ke . Lepas sudah kesemuanya gaulkan pula dengan gula kisar atau apa apa yang menyelerakan ..ikut kreatif masing masing . Ini donut kos mahal . sendiri boleh lah ..

Kalau kos murah

Tepung
yis
minyak
garam
gula kisar  .. jimat tapi manis juga sedap ...

Habis cerita sekiann  ...



0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

10 Makna


Assalamualaikum pembaca mari saya share sesuatu apa yang ada bermakna mungkin kot ?

1. Ia menyakitkan untuk mencintai seseorang dan tidak akan disayangi sebagai balasan.
Tetapi apa yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah
mencari keberanian untuk membiarkan orang itu tahu bagaimana anda rasa.

2. Satu perkara yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu dengan seseorang yang bermakna banyak kepada anda, hanya untuk mengetahui pada akhirnya bahawa ia adalah tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi dan anda hanya perlu melepaskan.

3. Memang benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sehingga kita kehilangannya, tetapi ia juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita telah hilang sehingga ia tiba .

4. Ia hanya mengambil masa satu minit untuk tertarik pada seseorang,satu jam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi ia mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang.

5. Pergilah untuk seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia hanya mengambil masa untuk senyuman supaya membuat hari yang gelap kelihatan cerah.

6. Mimpi apa yang anda mahu bermimpi, pergi di mana anda mahu pergi,menjadi apa yang anda mahu menjadi. Kerana anda hanya mempunyai satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda mahu lakukan.

7. Sentiasa meletakkan diri anda dalam pelbagai rintangan . Jika anda merasakan bahawa ia menyakitkan anda, ia mungkin menyakitkan orang itu juga.

8. Satu perkataan cuai boleh menyalakan persengketaan. Satu perkataan kejam boleh menghancurkan kehidupan. Tetapi perkataan yang penyayang boleh menyembuhkan dan memberkati.

9. Gembira orang tidak semestinya perlu yang terbaik segala apa yang mereka hanya membuat sebahagian daripada segala-galanya yang datang sepanjang jalan mereka.

10. Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan keiklhasan, berakhir dengan kebahagiaan. Apabila anda dilahirkan, anda menangis dan semua orang di sekeliling anda tersenyum . Tetapi bila hidup mendekati mati, anda seorang yang tersenyum dan semua orang di sekeliling anda adalah menangis.


0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Senyum milik aku eh kamu jugalah :)


Assalamualaikum pembaca ...
Nak share sikit petikan dan gambar bagaimana menceriakan dunia kita sendiri :)
Kadang kadang manusia ini pelbagai cara pelbagai jalan dan pelbagai alasan untuk menunjukkan dia boleh mencipta satu kebahagiaan tentang diri dia sendiri . Anda setuju ?

"Kadang-kadang kegembiraan anda adalah sumber senyuman anda, tetapi kadang-kadang senyuman anda boleh menjadi sumber kegembiraan anda."

"Jika saya boleh melihat kesakitan di mata anda kemudian berkongsi dengan saya air mata anda. Jika saya dapat melihat kegembiraan di mata anda kemudian berkongsi dengan saya senyuman anda. "

"Ia hanya mengambil masa sesaat untuk tersenyum dan melupakan, tetapi kepada seseorang yang memerlukannya, ia boleh bertahan seumur hidup. Kita semua harus tersenyum lebih kerap. "

"Marilah kita sentiasa bertemu satu sama lain dengan senyuman, kerana senyuman adalah permulaan cinta."







  
                                       



Tak semestinya senyumana kita dalam kebahagiaan kita mahupun orang lain . Kadang kadang kita juga menumpang kadang kadang kita dalam kesedihan . Tapi siapa akan sedar semuanya kalau bukan diri sendiri atau pun orang yang sekeliling yang memerhati diri kita sendiri . itu kiranya beruntunglah ada orang pedulikan . Hahaha tak apa kadang kadang kita bertuah juga masih mampu tersenyum walaupun berperasaan seorang diri . Dah apa boleh buat tak akan hidup mahu sedih sedih alamak bosannya .

Dunia ini memang tak selalu cerah tapi kitalah akan mencerahkan hari hari kita dengan kebahagiaan kita dan orang lain . Berkongsi kebahagiaan tidak salah tapi yang menyalahkan cemburu dan hasad dengki sesetengah manusia . Jangan kata tiada harus lah manusia ini sukar diramal . Jawapan terbaik " apa peduli aku " eh ... Biarkan mereka ..

Senyum terlalu mudahkan senang dilakukan . Ada orang senyum suka nampak gigi ada juga malu nampak gigi ( sebab tak putih macam hang ) hahaha . Tapi lebih elok jika senyum kita nampak gigi ada nampak manis  kan . Kadang kadang kita terlalu memalsukan senyuman kita kerana kita tidak  inginkan orang lain turut merasai kesedihan kita . Dan pada masa itu kita berharap dapat menumpang kebahagiaan orang lain dengan senyuman mereka . 

Konklusinya , tersenyumlah kerana senyuman tidak akan ada harganya kalau tidak terbit dari hati yang ikhlas dan tabiat semula jadi seorang manusia . Jauhilah sifat egois yang akan mengelapkan hari hari kita dengan kesedihan atau ketamakan .Oleh itu , kita juga mampu tersenyum kenapa tidak ? Laungkan aku mampu tersenyum dan aku mahu hari hari aku bahagia macam kamu semua dan kamu juga akan turuti kebahagiaan aku . 


Okay sila ambil satu dan kalau rajin komenlah untuk pandangan ataupun kesilapan saya .... 
Tak salah kalau share sesuatu kan ... terima kasih . 

sekian ..


Tuesday, January 1, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

New Life

Assalamualaikum Pembaca :)



Bagaimana kita hendak cerita kita pada hari ini ? Bagaimana kita hendak mengenali kita pada hari ini ?
Bagaimana kita hendak teruskan jalan kita pada hari ini ? Jika kita cuba untuk berputus asa .
Petikan bergambar telah benar benar merumuskan apa kita pada hari ini . Bukan senang untuk jadi senang tapi senang sangat untuk jadi susah . Jawapannya setiap hari yang baru bermula dengan langkah satu jika gagal hari seterusnya mula juga dengan langkah yang baru sampai langkah demi langkah berjaya mengikut step by step . contohnya gambar ini .


Tak semua orang hidupnya terlalu bertuah . Semuanya bergantung pada kesilapan masing masing dan masa untuk sedar akan silap mereka yang lepas . Dan bahawasanya mereka harus memulakan sesuatu yang baru sesuatu yang dapat memberi galakan pada mereka untuk meneruskan kehidupan ini . Bagi aku juga telah memulakan satu langkah yang baru . Aku ingin mencuba dan kenapa aku tidak boleh diberikan peluang lagi . harus ada kan . Dunia ini adil pada mereka yang berusaha . Aku harap begitu yang aku masih boleh berusaha sampai cita cita aku terhasil dan aku ingin juga berkerjaya . Mendogak kelangit melihat awan awan yang tak semestinya cerah begitu juga aku melihat sesuatu dihadapan tak selalunya terang tapi keyakinan seseorang itu membolehkan menerangi jalan yang ada . Tapi yakin tiada bererti mereka keseorangan mereka dibantu oleh semangat semangat yang turut membantu kebahagiaan orang lain .
Sometimes we become so focused on the finish line,that we fail to find joy in the journey ...

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Memahami Hati Seorang Lelaki

Seorang ~

* Lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasih hati dengan rela bukan kerana terpaksa .

* Lelaki sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang ringan mulut . ( peramah dan suka berbual )

* Lelaki banyak memberi nasihat kepada kekasihnya kerana sayangkan kekasihnya .

* Lelaki akan mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu ( kuat sangat ) .

* Lelaki sentiasa takut kehilangan kekasihnya .

* Lelaki sentiasa mengawasi pengerakan kekasihnya kerana berasa curiga .

* Lelaki tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya .

* Lelaki mudah sensitive apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian padanya .

* Lelaki menjadi orang yang paling rajin demi membantu kekasihnya .

* Lelaki pandai merajuk untuk dipujuk oleh kekasihnya .

* Lelaki sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya terjaga .

* Lelaki lebih mementingkan kekasihnya dari dirinya sendiri .

* Lelaki kerap bertanya perasaan cinta sayang akan kekasihnya .

* Lelaki sanggup meluangkan lebih banyak masa demi kekasihnya .

* Lelaki tidak pernah berputus asa untuk memujuk kekasihnya .

* Lelaki sanggup bersabar demi kekasihnya walaupun terpaksa berkorban masanya .

* Lelaki akan mempertahankan kekasihnya dihadapan orang lain .

* Lelaki menganggap kekasihnya orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta bahkan nyawanya sendiri .

# Lelaki tidak akan curang apabila kekasihnya pandai menjaga hati seorang lelaki , namun sekiranya ini berlaku dia 100% tidak akan mencintai anda .

# Yang paling penting , tidak semua insan bergelar lelaki sanggup mengalirkan air mata hanya kerana seorang perempuan .

~ Jadi, wahai wanita bersedialah anda untuk memahami secebis hati milik seorang insan bergelar lelaki.




^^
0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Opps 2013

... Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim ...
Hari pertama nie 2013 !  aku wajah baru wajah yang berumur 21 tahun je wajarkah ? hahaha . Besar anak mak nie kan . Dah tiada kaitan dengan cerita sebenar . 
Nak share satu lagu  . Hobi aku setiap malam main game sambil dengar radio THR GeGar kat astro . Layan punya layan masyuk satu lagu layan pula .. sampai habis game cari kat youtube lagu tu . ulang lah banyak kali  .. 
ini lagunyaa .. macam terkena pula .. eh eh senyum dan biarkan sahaja dapat aku buat masa ini .. Lirik dia mendalam . mari dengar haha . Kalau ye pun korang jiwang ...  Tak kisah pun cuma perasaan yang bermain main difikiran .... Jadi apa apa pun tak kisah jodoh ada dimana mana .. 





    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories