...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Wednesday, January 2, 2013

Senyum milik aku eh kamu jugalah :)


Assalamualaikum pembaca ...
Nak share sikit petikan dan gambar bagaimana menceriakan dunia kita sendiri :)
Kadang kadang manusia ini pelbagai cara pelbagai jalan dan pelbagai alasan untuk menunjukkan dia boleh mencipta satu kebahagiaan tentang diri dia sendiri . Anda setuju ?

"Kadang-kadang kegembiraan anda adalah sumber senyuman anda, tetapi kadang-kadang senyuman anda boleh menjadi sumber kegembiraan anda."

"Jika saya boleh melihat kesakitan di mata anda kemudian berkongsi dengan saya air mata anda. Jika saya dapat melihat kegembiraan di mata anda kemudian berkongsi dengan saya senyuman anda. "

"Ia hanya mengambil masa sesaat untuk tersenyum dan melupakan, tetapi kepada seseorang yang memerlukannya, ia boleh bertahan seumur hidup. Kita semua harus tersenyum lebih kerap. "

"Marilah kita sentiasa bertemu satu sama lain dengan senyuman, kerana senyuman adalah permulaan cinta."







  
                                       



Tak semestinya senyumana kita dalam kebahagiaan kita mahupun orang lain . Kadang kadang kita juga menumpang kadang kadang kita dalam kesedihan . Tapi siapa akan sedar semuanya kalau bukan diri sendiri atau pun orang yang sekeliling yang memerhati diri kita sendiri . itu kiranya beruntunglah ada orang pedulikan . Hahaha tak apa kadang kadang kita bertuah juga masih mampu tersenyum walaupun berperasaan seorang diri . Dah apa boleh buat tak akan hidup mahu sedih sedih alamak bosannya .

Dunia ini memang tak selalu cerah tapi kitalah akan mencerahkan hari hari kita dengan kebahagiaan kita dan orang lain . Berkongsi kebahagiaan tidak salah tapi yang menyalahkan cemburu dan hasad dengki sesetengah manusia . Jangan kata tiada harus lah manusia ini sukar diramal . Jawapan terbaik " apa peduli aku " eh ... Biarkan mereka ..

Senyum terlalu mudahkan senang dilakukan . Ada orang senyum suka nampak gigi ada juga malu nampak gigi ( sebab tak putih macam hang ) hahaha . Tapi lebih elok jika senyum kita nampak gigi ada nampak manis  kan . Kadang kadang kita terlalu memalsukan senyuman kita kerana kita tidak  inginkan orang lain turut merasai kesedihan kita . Dan pada masa itu kita berharap dapat menumpang kebahagiaan orang lain dengan senyuman mereka . 

Konklusinya , tersenyumlah kerana senyuman tidak akan ada harganya kalau tidak terbit dari hati yang ikhlas dan tabiat semula jadi seorang manusia . Jauhilah sifat egois yang akan mengelapkan hari hari kita dengan kesedihan atau ketamakan .Oleh itu , kita juga mampu tersenyum kenapa tidak ? Laungkan aku mampu tersenyum dan aku mahu hari hari aku bahagia macam kamu semua dan kamu juga akan turuti kebahagiaan aku . 


Okay sila ambil satu dan kalau rajin komenlah untuk pandangan ataupun kesilapan saya .... 
Tak salah kalau share sesuatu kan ... terima kasih . 

sekian ..


Pandangan?

2 ulasan:

ainil fazieda said...

senyum je , even xboleh membahagiakan org :) betul x ?

ShahfiqSharuddin's said...

betul juga tu . bersendirian lah kita macam itu kan ..

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories