...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Monday, October 17, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

apa warna kamu

artikel ini diambil daripada satu laman web.apakah makna sebalik warna anda itu carilah maknanya.... !
dalam hidup kita juga warna turut mempengaruhi kita dalam persekitaran hidup yang kita jalani ini.Kita juga ada rasa akan minat sesuatu warna itu sebagai semangat dan inspirasi hidup ...dan selamat membaca semua : )

23 Disember hingga 1hb Januari - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25 Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 29hb Februari - Perang
1 Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21 Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
1 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga 24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga 13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24 Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26 Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24 Ogos hingga 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23 September - Olive
24 September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13hb Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24 Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22 November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22 Disember - Teal Merah

Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membuta tuli. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak termakan diri!"


Saturday, October 15, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

ipoh mari tada sombong

 13 oktober aku rancang dengan kawan kawan nak g Stadium perak misi utama nak sorak Perak supaya dapat masuk separuh akhir wooaaahh :) yang pergi nya aku , mior , azim , duan  dan wan semua set pakai baju kuning......

14 oktober...set lagi...semua jadi pergi..sebelum pergi cikgu mior buat kelas tambahan..sorak sorak juga kelas kelas juga...itu wajib.sebelum pergi kelas aq cakap kat deme bawa lah baju Perak.lepas kelas terus je pergi...semangat nie....

sambung lagi(*) - Jadi masa kat kelas cikgu bagi tiga soalan dan bincang sebab cikgu pun nak pergi juga haha..kelas dari pukul 3 sampai 5 30 kejap je....dah pukul 5 30 kami pun bertolak lah.tapi kena ambik wan dulu..

* - semangat punya semangat kata kan.wan ajak aku dan membe lain beli bendera perak.jadi kami cari la kedai rahmat beli lah dua bendera perak..letak kat kereta.best nya.semua org tengok anak perak.!!

* - Kami bertolak ke stadium dari S.I ke ipoh jam 6 ptg.Memang ramai kowt org perak pergi..bawa bendera nya pun ada juga.Jalan jangan cakap lah memang sesak.Tapi leka tak leka juga ada juga kemalangan berlaku budak jatuh motosikal(kawan mior katanya) tapi masa tak mencukupi terpaksa lah terus jelah perjalanan.kalo ada lama dah berhenti tolong apa patut.
kecian rasa nya....Tgk moto dia hancur.Seluar koyak..mesty sakit...sebaik kami selamat je.alhamdulliah.....

* - sampai ke Ipoh dalam kul 7 30 woww..memng tak sngka lahh penuh dan sesak..Polis pun terpaksa hendal traffic light.Nak cari parking tu bapak susah nya..lenguh lutut asyik main clash je..huhh akhirnya dapat juga parking.jauhnya usah cakap lah parking kat mana...Jadi Terpaksa lah jalan..

* - sebelum ke stadium beli dulu baju perak ! warna kuning OO...Harga tak mahal 30 inggit je..
aq wan n azim je beli baju..pastu aq beli benda tiup tu..apa ke nama nya ntah lah...apa lagi tiup lah haha..pastu wan kol fahmi sebab nak mabik tiket...Syukur kami suh fahmi beli awal2 kalau tidak habes kowt..memang penuh siyes.tiket habis..dah ada tiket apa lagi masuk lah..dengan penuh semangat! skor yob skor !!

* - cari tempat untuk duduk..kami duk dekat SILVER STATE ULTRAS perak...duk sini memang best ! bisng nya jgn tgur..haha sebaik ade kosong lagi....

game bermula - tiup wisel pun bermula.aku tgk perak men okey je..banyak serang bagus lah tu..penyokong sorak tanpa henti siap nyanyi lagu anak perak..game pertama perak hanya seri je.0-0 okey lah tu..Masa kedua perak dah kena gol.mula lah perasaan hampa tu ada.aduh aduh...tapi penyokong perak SILVER STATE ULTRAS tetap sokong  dan sorak lagi kuat!!Tapi depa tetap puas hati dengan corak permainan.dalam masa ke 50 minit asa nya lampu limpah terpadam selama 10 minit.saat tu aku cakap memang best dengan ada nya bungaa api yang cantek ahaha kank aq tunjuk(gambar dibawah).penyokong bernyayyi lagi..huhh asa nak ikut je..pastu lampu kembali okey....Akhirnya game pun tamat dengan kedudukan 
0-1.Jadilah daripada kena banyak lagi..GOOD JOB perak.!! cuba tahun depan lagi...okeyy !!

Tamat game - Kali ini penyokong tak balik awal.depa tunggu sampai wisel penamat..Pape pun pemain perak telah menunjukkan persembahan yang terbaik untuk kali ini.Bermula lah era kegemilangan perak untuk tahun depan.doa kan bersama...cuba buat masa era milenium tahun 2000..okey !!

Balik - sebelum balik kami lepak lepak untuk tangkap gambar kat stadium tu....huahua..best !masa balik sebaik je berjalan dengan lancar.alhandullilah juga selamat pergi dan pulang.aku anta lah kawan kawan aku...sampai umah pukul 1 30 pagi..huhhh best best...haha
sampai kelas pun tak pergi pagi tu..bangun lambat....sian cikgu...sory sory....


pic pic 


ini super perak yeahhh  :))

 

~ masa baru sampai huh semngat nie...


GOL perak GOL

~ Tiup kuat kuat lah !

~ yang masa lampu limpah terpadam.cantek kan.


~sorakan tanpa henti..



~ jangan men bunga api hehe


~bulan tu oo semngat cantek lah pic nie..:) 


~ org perak suka tgk bola



~ ini kawasan tempat duduk kami


~ penuhnya


 ~lagi lah :)


~ lampu terpadam 



~apa tengok tengok haa


~menuju puncak yeah...kalah takpa.janjy semangt !haha




TAMAT tahun depan pergi lagi yeahhh  :) perak boleh 




Monday, October 10, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

bila menghantui

Entah la aku rasa nak dekat peperiksaan makin malas nak study lah.Apa yang aku harus buat aduh ! degil yang amat pun !

Malas semalas malasnya lah.serius aku cakap.Tapi kat sekolah aku ada jugak rajin sikit nya kalau time balik sekolah rasa nak cepat je balik bila dah balik  cinta pada komputer tu memng tak pernah nak putus-putusnya.Takda pula org ketiga nak kacau kan.Ehh macam mana nie .
takda komputer cinta pada hanset haa..walaupun tkda sangat nak msg pun.dengar lagu je...tak lah aq macam dah bosan msg msg org nieh....huhhh

walaupun cikgu banyk kali suh bace buku bagi nasihat kurang kan facebook ! aq tetap juga macam nie tak makan saman huhh ! ada tak kena nie..kena cek nie...mana patut diubah mana patuh dibuang...kan

Kalo nak ikut kan kalo aku takda rasa nak berjaya payah juga.kadang-kadang terpikir lah juga apa nak jadi bila besar nanti kan.nak kerja apa.nak juga rasa ada rumah ada kereta ada bini ada anak.Orang sekarang semua perlu kan wang ada wang semua jalan.
betul kata cikgu yie belajo pandai pandai dapat degree ada duit nak buat ape senang je.

Jadi skunk takda masa lagi nak enjoy nya( tak mungkin boley nak kata tak leh enjoy kowt kwan ajak sikit jalan je ) tu payah tu susah susah...apa nak buat..bila lah nak rasa demam peperiksaan nieh..
pape pun kena lah aku memcuba dahulu .. org len ada cita-cita aq pun adalah .. aku nak berjaya ank jugak !
aku tak jajny yang terbaik tapi aku lakukan dengan sebaik baiknya..




awak awak boleh tolong nasihat kan saya...need to help lah...hummm :(


Sunday, October 9, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

bangga menjadi kawan

Salam semua

Hari ini aku nak cerita sikit pasal kawan aku.Dia nie sering je ada masalah masalah kalau nak ikutkan setiap kali ada masalah mesty cerita kat aku..tgk lah sapa bestfren dye kan.Sebab dia percaya sama aku.oo Terharu lah...
   aku post ini pun aq nak minta kebenaran dah..Jangan risau tak akan mudah aku nak taip nama dye kan sini..jaga perasaan org juga lah..walaupun dye dah ade bf pun dye masih contact dengan aq...
   pada mulanya depa couple pun dye minta pandangan aku...aku pun kenal lah juga bf dye.tgk laa juga dye punya perangai kan..ceh jady spy untuk dye...Aku cakp kat dye rasa-rasa dye okaylah..Kawan dye pun okey je...Tapi aku cakap lagi oklah tu dye tak merokok pun...
akhirnya mereka pun couple.sampai sekarang..bahagia.....Kalau dia ada masalh dia tak malu malu nak cerita.....
   BIla dah lama couple tu biasa lah ragam rumah tangga ada juga pecah belahnya...Bf dia tahu dia rapat dengan aq....jadi dia takda lah nak marah pun....Tapi perangai bf dye pelik kuat cemburu kot...haha....masa dia pergi mana ke ? bf dye ternampak dye duk rapat dengan seorang lelaki..mula lah timbul syak prasangka...mula lah ayat gramatis kuar...Orang lelaki ini termasuk aku kowt...bila nampak...terus serang je...tanpa soal selidik..biasa lah...sayang kata kan HAHA...pastu depa mula lahh periuk belanga nyaa....dia asyik tepon ngan aku apa nak buat ! apa nak buat ! dia bagi tahu aq yang bf dye TErnampak tu bukan lah org lain dengan dia....saudara je..HAHA lawak lah kawan...tuu lahh selidik laa dulu kan.. Kwan baik kata kan....Jadi aku lah terpaksa telefon bf dia yang cemburu tu..aku cerita perkara sebenar huahuahua......jadi depa pun berbaik lah....HAHA baik tak aku kawan...
   Pasangan ini memang tahan lama..dah 5 tahun kowt....aku tabikk lah...sapa yang rekamen kan kan....haha
tapi aku terharu sangtlah.....dia jenis still ingat aku sapa....tak pernah lupa apa pun tentang aku....selalu nasihat kan aku..bagi pandangan kat aku...sama sama tolong menolong lah....haha...Tapi yang aku paling suka dia jenis yang pandai buat orang ketawa haha...aku suka aku suka..!! ini Kalo dapat yang serius je..oOo boleh mati aku...tension..nak gurau2 pun tak boley susah lah.......
aku pun bukan jenis yang serius lah...Aku suka ketawa gelak gelak.rasa happy je....

pesanan aku yang terakhir ....aku still doa kan kamu bahagia kawan...ingat pada yang satu.ingat adab-adab .jaga maruah...jaga akhlak tu....pape tu jangan lah lupa aku ini kawan....

assalamualaikum... :)) 

    



    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories