...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Friday, January 4, 2013

Cerita aku Part 1 [ cinta itu sakit atau permainan ]

" Angin bawalah hati ini merasai kehadiran aku disisimu agar hatiku tidak kesunyian lagi " Rintihan seorang lelaki membisik-bisik pada bayangan hayalan dia . Kalau aku tahu cinta menyukarkan dan kalau aku tahu cinta itu satu permainan akan aku sedaya upaya memberi sepenuh tenaga aku . Kata kata selalu terbayang bayang dalam fikiran  membuat dia terasa terlambat dan sesal akan kisahnya yang lepas . Mampukah aku diberi peluang semula mampukah aku diberi kepercayaan semula ?

Lelaki yang bernama Am tidak menyedari bahawa dia telah leka dengan permainan percintaannya . Lalu dia telah menghampakan satu perasaan seorang gadis yang terlalu sempurna di depan matanya sendiri . Oleh kerana perangai dan sikap dia terlalu berubah gadis tersebut telah pergi jauh dari hidup Am . Pada mulanya perkenalan Am seorang yang terlalu sempurna dimata seorang gadis yang bernama Syu . Mereka berkenal sejak mereka bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Emas yang mana mereka seorang pengawas sekolah disitulah Am mula terpikat kepada Syu . Bagi Am memiliki Syu adalah satu yang teristimewa baginya tetapi dia mengambil masa terlalu lama untuk memiliki Syu . Mungkin bagi Am satu cabaran untuk memiliki hati yang pertama dalam hidupnya . Bagi Syu Am merupakan seorang yang pandai mengambil hatinya dengan cara dia gaya dia telah membuka pintu hati Syu untuk Am .Walaupun Am lebih setahun tua daripadanya . Masa itulah mereka telah menjalinkan hubungan percintaan .




Sepanjang percintaan mereka pelbagai kenangan kenangan manis serta pahit telah berlaku tetapi ia tidak patah semangat mereka untuk berpisah kerana mereka memiliki hati yang sehati . Kisah mereka pada masa sekolah telah menjadikan mereka seorang popular disekolah disebabkan mereka juga diantara pelajar pelajar pandai dan harapan sekolah . Tamat persekolahan Am , Syu meneruskan persekolahan seperti biasa dan Am menunggu setia walaupun tidak selalu bersama sama . Kadang kadang Am terlalu menjaga Syu dengan sepenuhnya sampai setiap balik sekolah Am selalu ada temankan Syu balik ke rumah . Satu hari Am terpaksa biarkan Syu sebab Am terpaksa berkerja untuk menghabiskan cuti cutinya sebelum keputusan peperiksaannya keluar . Hanya perbualan dan pesanan ringkas sudah cukup bagi mereka dan mereka terlalu memahami satu sama lain .

Hari semakin hari semakin tiba dan keputusan peperiksaan Am telah keluar . Hari itu merupakan hari yang paling bertuah dan mengembirakan orang disekeliling Am yang mana Am telah menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya . Semua orang disekeliling Am mengucapkan tanniah dan syabas termasuk kekasihnya Syu . Am bersyukur kepada semua orang disekelilingnya dan tuhan yang maha esa  kerana hadiah yang memberi dia dinobatkan pelajar cemerlang . 3 bulan seterusnya Am telah ditawarkan belajar di sebuah Universiti tempatan yang bertaraf . Keputusan Am menerima dan dia mahu pergi sambung belajar ke universiti tersebut dan Am turut berkongsi cerita dengan Syu atas kepergiaan Am nanti . Syu hanya mengucapkan Selamat berjaya dan Jangan lupakan Syu Am . Ye Syu Am tak akan lupakan Syu Am janji . Nanti sampai sana Am akan selalu mesej Syu dan Syu pun sama jangan lupakan Am . Ingat ! janji berbagai janji telah ditakburi antara mereka berdua .

Seminggu dipengajian Am seperti biasa tiada apa apa dalam hidupnya . Mungkin hari semakin hari semakin berganti perubahan mula menampakkan sikap pada seseorang mula berubah . Apabila Am bersama sama kawan kawan lelaki dan perempuannya belajar dan bersama sama dalam pelbagai aktiviti-aktiviti tanpa tidak menyedari Am telah menarik perhatian seoang gadis yang cantik dan bergaya di universiti tersebut . Hidup Am mula menjadi seorang yang leka dan terpengaruh dengan kecantikkan gadis tersebut . Hari semakin hari gadis tersebut selalu memikat Am dan selalu inginkan Am jadi buah hatinya . Pada awalnya Am menolak disebabkan dia hanya memiliki Syu dalam hidupnya tapi godaan-godaan si gadis itu telah memikat hati Am untuk menerima gadis tersebut . Am pula telah menyembunyikan satu perkara diantara Am dengan Syu kepada Si gadis tersebut yang bernama Julia . Am bagaikan dirasuk oleh gadis tersebut menyebabkan dia sendiri terlalu suka akan Julia . Malah mereka telah menjalinkan percintaan tanpa pengetahuan Syu yang terlalu setia kepada Am . Semakin hari hati Am telah menjadi lain apabila munculnya orang ketiga dalam hidupnya . Disebabkan percintaan kedua hati Am telah pudar pada cinta Syu . Sejak itu mesej dan panggilan Syu Am tidak membalaskan dan menjawab . Mungkin bagi Syu Am terlalu sibuk akan pembelajarannya di universiti sebab hati Syu memikirkan positif terhadap Am dengan apa yang dia janjikan dulu . Cuti Sem bermula , masa itu Syu sangat tertunggu tunggu kepulangan Am yang lama tak bertemu . Kerinduan Syu pada Am sangat tinggi dan kesetiaan Syu juga terlalu kuat . Dalam Hati Syu " Hanya tuhan yang tahu " . Pada hari itu , Syu datang kerumah Am untuk berjumpa Am dan mengajak Am keluar untuk sembang sembang dah lama kita tak jalan jalan kan Am . Hati Am terpaksa mengikuti kehendak Syu sebab dia takut rahsianya akan diketahui . Tetapi Am kelihatan sangat berubah ( dalam hati kecil Syu berkata ) sebab melihat layanan Am terhadap Syu terlalu lain . Bagi Syu dia tetap tidak memikirkan perasaan negatif terhadap Am . Dia terlalu memikirkan Am terlalu baik padanya . Masa itu Syu terlalu gembira dapat bercerita berjumpa berkongsi cerita dengan Am yang sedang cuti dia mengambil kesempatan untuk luangkan masa dengan Am . Sampai akhirnya Am pun habis cuti Sem dan balik semula ke universiti .

Bulan November merupakan hari terpenting bagi Syu yang menjalani peperiksaan Spm yang mana dia juga keinginan menjejaki Am . Peperiksaan makin bermula tapi Syu tidak mendapat suntikan semangat dari Am mungkin bagi Syu Am lupa kot  tapi dia tidak patah semangat untuk mengejar impiannya . Habis spm dia hanya menunggu keputusan dan tiba keputusan Syu juga telah mendapat keputusan Cemerlang dia mengikuti jejak langkah Am tetapi kejayaannya dia tidak dapat berkongsi dengan Am yang terlalu sibuk diuniversitinya dan dia hanya menunggu kepulangan Am dikampung itu sahaja . Hati Syu terlalu sedih kerana tidak dapat berkongsi apa apa dengan Am . Kenapa Am kenapa ! ( hatinya berkata ) sampai tiada pesanan panggilan dari kamu Am . Syu tetap bersabar Am mungkin ini dugaan Syu kan . 3 bulan seterusnya Syu telah ditawarkan pengajiaan di tempat Am . Syu mengambil keputusan tidak memberitahu kepada Am yang dia juga ditawarkan diuniversiti yang sama tetapi kos Am dengan Syu berlainan .

Semasa pendaftaran Syu diuniversiti tersebut Syu hanya menitis airmata kegembiraan bila dapat memasuki universiti sama akan kekasihnya Am .Hari hari seterusnya pembelajaran Syu disini seperti biasa dan dia terlalu menyendiri takut terjumpa dengan Am sebab dia ingin kan kejutan besar untuk kekasihnya . Secara tidak kebetulan , Syu mengikuti program yang dianjurkan oleh kekasih baru Am iaitu Julia yang mana mereka semakin hari semakin rapat . Syu terlalu sukar perwatakan Julia yang pandai mengambil hati orang disekelilingannya " bertuahnya siapa memilikinya " hati kecilnya berkata . Hari semakin hari semakin berlalu dan penipuan Am akhirnya jatuh juga ketanah yang mana Julia mengadakan satu majlis penutup programnya yang mana dia dan Julia duduk bersama sama disatu meja dan saling bermesra . Pada masa itu Syu terlewat untuk pergi majlis tersebut tapi akhirnya dia pergi . Akhirnya dia ternampak Am bersama sama dengan Julia . Am mula terkejut Syu buat apa dekat sini ? ujar Am . Syu berkata Am Syu belajar dekat sinilah Am tapi Syu saja taknak bagitahu Am sebab Syu nak buat kejutan untuk Am . Am Syu nak tanya ? Julia ini siapa . ( Julia menyampuk )Syu inilah kekasih Julia yang Julia ceritakan Syu kenal ke ? ohh Kak Julia Syu sangat sangat kenal dengan Am dia sekampung dengan Syu juga ( Syu terus lari dan menitiskan airmata bahawasanya dia tidak menyangka Am terlalu begitu ) . Am bangun dan jerit Syuuuuuuuuuuuuuu bagi Am jelaskan .. ( Julia mula kepelikan dengan sikap Am ) Julia pun tanya sesuatu dekat Am ! Am Syu tu siapa ? . Dengan nada kesal dia menceritakan segalanya dan pada masa itu juga dia terlalu bersalah . Ammmm selama ini Am tipukan Julia bulat bulat kita putus ! ( julia terus blaa dari program tersebut ) dan Am menangis keseorangan dengan rasa sesal kesal dan menyesal akan sikap sikapnya . Part 1

Cinta itu terlalu menyakitkan bila kita terlalu mengharap dialah harapan dialah kenyataan tapi semua itu satu permainan percintaan semata mata . Bukan kita kehendaki semua itu berlaku tapi sudah takdirnya menentukan . Tapi tak semua lelaki buaya tak semua perempuan setia adakalanya terbalik adakalanya terlalu membezakan cuma hati yang ikhlas dan percaya membenarkan satu percintaan dengan yakin apabila percaya pada tuhan untuk merestuinya . Cinta ibarat seperti permainan bola kita mencari 11 cara , 11 sikap untuk menembusi beberapa banyak kebahagiaan kita boleh memiliki tetapi kita harus hadapi 11 lagi halangan yang sentiasa mencemburui kita .


Kadang kadang kita terlalu buta apa yang didepan mata kita sedangkan kita terlalu memikirkan dibelakang kita . Belum tentu memiliki 10 / 10 kesempurnaan dimata dapat menjanjikan satu kebahagiaan . 








2 ulasan:

Unknown said...

syafiq..aku agak tersentap part 10/10 tuh..hahaha..

kalau aku jd syu tuh..aku takkan tunggu lelaki mcm Am..sbb tuh lah masa zaman sekolah...aku enjoy dgn kengkawan je..sbb aku xnak nanti jd mcm ni lah..so ko doakan lah lepas nie aku jumpe lelaki beriman k...huhu =)

ShahfiqSharuddin's said...

haha tiba2 idea tu terkena sorry lah .. amin aku doakan semoga kehendaknya . tapi apa yang ada terima jela didepan kan :)

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories