...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Monday, February 27, 2012

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tulisan Buruk Aku

Hari hari semakin berlalu payahnya aku rasa selama ini .

Salam semua , dah lama tak update blog ini tak tahu nak tulis idea apalagi >,< . Lagi pun blog aku asyik tukar tukar templete saja entahlah ikut mood bila rasa nak tukar aku tukarlah . Aku nak minta maaflah aku suruh sorang budak tu tolong ubah templete tapi aku tukar lain lak . Sory sangat sangat okey ! tapi kamu paham kan ;)

Dah 2 bulan aku kerja tapi apa daya aku selama ini hanya untuk mencari pengalaman semata mata bukan hanya kewangan sekali pun . Aku rasa biarlah aku terus kan sampai akhirnya kalau ada jodohnya kan sebabnya aku kesian sangat kat boss aku tu yang rasa perlukan aku disitu . Dia berharap sangat sampai aku dapat sambung pengajian barulah dia lepaskan aku . Lagi pun dia layan aku sebaik baiknya . Aku nak kerja disitu juga demi abg angkat kot yang nak sangat aku kerja disitu yang selalu berharap aku tidak cari kerja lain . Aku terasa macam dia sayang aku sangat lah . tapi kadang kadang yang merimaskan aku dengan sikapnya yang boleh buat aku runsing aku tak marah pun tapi janganlah selalu okey . aku tahu kau abg yang baik . take a note :)

itu pengalaman yang mampu memberi satu erti dalam hidup aku . Style aku senang je aku bukan kisah apa orang nak cakap apa aku kerja ada taraf ke tidak . aku tak kisah sikit sekali pun walaupun aku anak pegawai pun . aku suka cari duit biarlah aku tahu penat bagaimana aku rasa bagaimana aku dapat hasilnya tak kisahlah sikit ke banyak ke . Janji aku tak menyusahkan sapa sapa pun jadilah . tapi mak aku selalu tanya hari ini dapat duit berapa berapa ? aku jawab adalah . ada ke kumpul duit ? adalah juga . mana duitnya ? adalah rahsia . hahaha jangan risau aku ada juga simpan duit dan aku tak boros pun .tapi aku nak simpan duit aku itu nak pergi jalan jalan jauh dari perak kalau boleh dan ada jodohnya inysallah ;) aku bosan sangat duduk kat sini ! 

sekarang bermulalah hidup solo aku . apa yang aku lalui payah sangat apa itu erti kesabaran . selama ini aku dah tiga kali aku pergi aku kembali balik untuknya tapi kali ketiga aku rasa itulah yang terakhir dan aku tak mampu untuk bertahan . dia pun macam biar saja aku pergi begitu . Lagi pun takda guna bersama jika saling tak memahamikan . dan akhirnya aku sendiri yang pergi . kadang kadang payah sangat nak lupa . Lagi pun aku pikir aku bukan lagi yang terbaik untuknya dan Hari ke hari aku pikir betul ke selama ini apa  yang aku buat . Salah ke apa aku lakukan . payahnya . tapi aku tetap nak minta maaf sangat sangat selama mana aku kenal kamu . take a note ! :'(

yang sudah itu sudahlah kan . teruskan lah hidup selagi boleh dan mampu berdiri yeahh :) . okeylah setakat disinilah tulisan buruk aku . 
selagi aku mampu tertawa =D




Saturday, February 4, 2012

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sunday Note ~ Teman Sejati




Kaulah teman sejati aku kawan sebab kau selalu ambil berat tentang aku ini .Walaupun kadang kadang kau benci juga dengan perangai aku tapi kau tetap selalu mesej aku . Tapi kadang kadang aku mesej kau dulu kan .
Aku bosanlah . Walaupun pun dah ada macam tiada saja pun kemana kau pergi ntah lah . Aku tak suka macam ini tau . Stop talking about her ! 
    Aku nak bagitahu sesuatu apa yang aku rasa boleh ! Okay lah aku mengakuinya aku suka orang prihatin terhadap diri aku sendiri sebab aku suka orang sayang aku haha . Kenapa ? Sebab aku memang beginilah ! Lagi pun kita akan rasa bertuah jika ada  orang sayang kita bukan . Jadi aku pun akan sayang juga kamu yang prihatin . Dont worry ! 
Lagi satu yang aku suka ialah orang yang pandai menghargai seseorang disampingnya ! sebab jangan bila dapat gading tanduk pun hilang . Bila aku susah payah membuatkan sesuatu untuk seseorang itu membolehkan dia gembira disaat dia memerlukan akhirnya dia lupa akan berterima kasih lalu dia pergi tanpa berkata kata . Benci sungguh lah orang macam ini . Tapi jenis aku tak suka mengharap atau menagih untuk dia berterima kasih sebab sendiri mahu ingat lah . Takpa pun aku bukan kisah sangat . Kau nak hargai kau hargailah . Tapi suatu hari nanti kau memerlukan pertolongan tidak ku mampu untuk sekali lagi kawan .
Seronok bila ada ramai kawan yang mampu seiring bersama sama kan dalam apa apa suka dan duka . Supaya nanti terjadilah kenangan terindah bila terkenang di suatu hari nanti  . Apa apa pun menjaga sebuah persahabatan adalah lebih penting daripada  merelakan perpisahan antaranya . Kawan tetap kawan walaupun dia sejahat mana pun kadang kadang dia mampu membuat kita gembira disampingnya juga bukan. Kawan yang dipilih tak semestinya sempurna dan bertaraf tapi ikhlaslah dalam perkenalan tersebut .


Teman Sejati

Mencari sinar pelangi
Selami kasih suci
Kidubg mu sering meniti
Di lubuk hati

Tiada kusangka lagi
Engkaulah teman sejati
Semalam amat bererti
Selamanya... ooo
Ku tahu kau derita
Dihimpit keresahan
Azab dan sengsara

Bersama janji kuterima
Pahit maung pedihnya
Rela berkorban
Jasad dan nyawa
Asal kau bahagia

Tersimpan seribu makna
Menjadi rahsia
Semangat ku membara
Membakar dalam jiwa
Pasrah ku berdusta


lagu buat TEMAN SEJATI aku :)


    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories