...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Saturday, March 30, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Qoutes : Okay or Not ?



Mungkin saya seorang yang suka ketawa tapi tak bermakna saya gembira ,
Mungkin saya seorang yang mudah tersenyum tapi tak bermakna saya ceria ,


# Kadang kadang kita cuba cari apa yang harus kita ada dan apa yang harus kita tiada ..

Wednesday, March 27, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Nukilan : Silent Love

Dalam permulaan cinta si gadis dan si lelaki yang bernama Fika dan Adam , Keluarga gadis tersebut tidak menyukai dan menentang sekerasnya pada perhubungan cinta mereka . Keluarga gadis tersebut beranggapan bahawa Adam tidak mempunyai taraf  latar belakang yang setanding dengan mereka dan mereka takut bahawanya Adam ttidak akan dapat membahagiakan anaknya . Malah mereka menyatakan bila berkahwin dengan Adam anaknya akan menderita selamanya .

Oleh kerana tertekan dengan apa yang ditempuhi oleh mereka , pasangan tersebut sering kali bertengkar dan menyalahi . Walaubagaimanapun Fika suka Adam secara mendalam , tetapi dia sering bertanya kepada Adam " Bagaimana dalamnya cinta awak pada saya " ujar Fika kepada Adam yang sering mengadu pelbagai masalah diatas punca daripada keluarga Fika . Tetapi Adam tidak pernah menyalahi mereka dan dia sedar bahawasanya dia siapa dimata mereka .

Sebagai lelaki Adam mengakui dia tidak patut menyalahi semuanya kepada Keluarga Fika dan membuatkan Fika berasa sangat kecewa dan menangis . Adam perlu melakukan sesuatu untuk membuktikan dia perlu buka mata keluarga Fika yang dia seorang yang berjaya ( Dalam hatinya berkata ) . Dengan itu , segala permasalahan menjadi tekanan Fika dan tempatnya melepaskan perasaan hanya pada Adam walaupun mereka tidak direstui keluarga Fika . ( Dalam hati Fika ) Hanya dialah , Untuk dialah tempat aku bertahan dan dialah kekuatan aku .

Lalu Adam membuat keputusan untuk pergi seketika dan selepas beberapa tahun ,Adam telah lulus dalam peperisksaan dan memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara . Sebelum meninggalkan tanah air yang tercinta Adam berjumpa dengan Fika untuk mengatakan sesuatu yang ada pada hati Adam " Saya bukan terlalu baik untuk berkata-kata tetapi saya tahu untuk mengatakan yang perlu awak tahu bahawa " I LOVE YOU Fika " ujar Adam kepada Fika . Dan Adam menyatakan " Jika awak membenarkan saya menjaga awak nanti saya akan menjaga awak  untuk sepanjang hidup saya dan saya akan bina sebuah keluarga kelak . Bahawasanya Adam akan sedaya upaya untuk berhadapan dengan Keluarga Fika untuk mengahwini anak perempuan mereka kelak . Malah Adam mengatakan di depan Fika " adakah awak akan berkahwin dengan saya nanti " lalu Fika terdiam dan mengalir airmatanya hanya mampu tersenyum . Kemudian Adam terpaksa pergi meninggalkan Fika dengan lambaian tangan yang terakhir . Ucapan Fika kepada Adam hanyalah satu " Semoga Berjaya Adam ".

Fika hanya berkerja dengan syarikat bapanya sendiri dan Adam diluar negeri meneruskan pengajiannya . Mereka hanya menghantar surat cinta melalui e-mel dan panggilan telefon . Walaupun ianya sukar unuk menanti saat akan bakal tiba , mereka tidak pernah untuk berputus asa .

Suatu hari , dalam perjalanan ke tempat kerja Fika dilanggar oleh pemandu yang tiba tiba hilang kawalan . Apabila dia terjaga dia hanya terbaring diatas katil dan tidak mampu untuk mengerakan anggota badannya . Fika melihat ibu bapanya berada disampingnya dan dia menyedari bahawa dia cedera teruk . Melihat tangisan ibunya , Fika tahu ibunya mahu keselesaan yang perlu ada padanya . Tetapi dia sedar bahawa  semua yang boleh keluar dari mulutnya hanyalah mengeluh . Fika telah hilang suaranya ....Para doktor mengatakan bahawa kesan pada otak Fika telah menyebabkan dia kehilangan suaranya .


Semasa menginap di hospital , selain menangis senyap, ..Fika mengeluarkan airmatanya melihat dirinya tanpa suara lagi . Apabila sampai di rumah, segala-galanya seolah-olah sama. Kecuali bagi nada dering telefon. Yang menusuk ke dalam telinganya setiap kali hatinya ianya berbunyi. Dia tidak ingin untuk membiarkan Adam tahu tentang perkara ini . Dan tidak mahu menjadi beban kepadanya nanti , dia menulis surat kepada Adam mengatakan bahawa dia tidak mahu ada apa perhubungan lagi disebabkan kecacatan Fika . Dia terlalu malu untuk berhadapan dengan Adam nanti . Lalu Fika tidak mahu menunggu apa-apa lagi .


Dengan itu , Adam menghantar berjuta-juta dan berjuta-juta jawapan , dan banyak panggilan telefon hanya untuk memberitahu kenapa kenapa kenapa Fika . Tetapi Fika hanya menangis ....

Ibu bapa memutuskan untuk berpindah ketempat lain daripada pengetahuan Adam , dengan harapan bahawa Fika dapat dan boleh melupakan segala-galanya dan gembira ditempat yang baru .

Dengan persekitaran yang baru, Fika belajar bahasa isyarat dan memulakan hidup baru. Memberitahu dirinya setiap hari bahawa dia mesti melupakan Adam . Suatu hari , rakannya datang dan memberitahu bahawa Adam telah kembali . Dia meminta rakannya tidak membiarkan dia tahu apa yang berlaku kepada dia dan tidak memberitahu di mana Fika berada . Sejak itu, tidak ada lagi berita dia.

Setahun telah berlalu dan rakannya datang dengan sampul surat dan sebuah kotak , yang mengandungi kad jemputan untuk perkahwinan Adam . Hati Fika berkecai apabila melihat kad jemputan perkahwinan Adam . Apabila dia membuka surat itu , dia melihat namanya tertulis diatas kad jemputan dan membuka kotak tersebut adalah pakaian pengantin  . Hati Fika menjadi berdebar-debar adakah ini realiti . Ia mengambil keputusan untuk memakai bila tarikh itu tiba .

Apabila Fika sudah sedia dengan keputusannya ,Fika pergi ke tempat tersebut dengan memakai pakaian yang diberi oleh Adam dan sampai sahaja ke tempat itu dia melihat lelaki yang menunggunya adalah Adam yang tersenyum keseronokkan . Fika hanya menggunakan bahasa isyarat memberitahu " Saya telah menghabiskan masa setahun untuk belajar bahasa isyarat ini Adam .Adam tidak kisah dengan apa yang terjadi kepada Fika dan  hanya untuk membiarkan awak tahu bahawa saya  tidak pernah lupa janji saya untuk mengahwini awak Fika . Biarlah saya menjadi hati awak dan berikan saya peluang untuk menjadi suara awak Fika " I Love You ". Dengan itu, Adam menyarungkan cincin perkahwinan ke jari Fika . Fikah  akhirnya tersenyum . Dan Mereka Bahagia hingga keakhir hayat . Sekian

 Jika saya lupa pada janji saya terdahulu , saya bukan orang yang harus anda percaya . Maafkan saya 







Tuesday, March 26, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Puisi Cinta Dia Kerana Saya


Kamu berikan saya satu harapan nyata ,
Dan kamu bantukan saya untuk menghadapinya ,
Apabila kehidupan ini menurunkan semangat saya ,
Kamulah yang akan menjadi pembawanya .

Kamu ajar saya untuk menjaga ,
Dan kamu tolong saya berkongsi cerita ,
Kamu membuat kan saya lebih bahagia ,
Dengan kebaikan kamu saya tahu awak terlalu sempurna .

Daripada kamu saya belajar cinta ,
Dan saya belajar untuk setia ,
Dan saya belajar untuk percaya ,
Malah saya belajar untuk mencari kesempurnaan cinta .

Dengan rahmat yang maha esa ,
Kamu adalah milik saya untuk selamanya ,
Kamu mungkin jodoh saya ,
Tertulisnya nama kamu dihati saya ,
Dan tertulisnya nama saya dihati kamu wahai cinta saya .

Kamulah segalanya dan penyebabnya ,
Apabila saya mendengar cinta saya dihatimu wahai cinta ,
Saya suka kamu kerana kamu begitu baik hati, bertimbang rasa dan memahami saya ,
Saya suka kamu kerana kamu begitu menyenangkan, indah dan sempurna ,

Saya lemah kerana membiarkan kamu ,
Saya tak terdaya untuk mencari cinta ,
Dan semuanya kerana kamu ,
Kamu membuatkan saya seorang lelaki yang dicintai .

Terima kasih wahai cinta saya ,
Semoga saya dan kamu tidak dapat dipisahkan kecuali takdir yang maha esa ,
Semoga kebahagiaan dan kesempurna cinta kita kukuh dan setia ,
Assalamualaikum cinta saya .


# Ini nukilan saya tiada apa apa yang mengena tentang perasaan saya : ) semoga terhibur ... 

Saturday, March 23, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Unless

Hidup bukan satu permainan yang mudah , ia adalah satu keperluan dan kehendak untuk menempuhi dunia dan akhirat kelak ..

Hargailah hidup ini . Pandang ia lihatlah hidup suatu kesempatan yang tidak akan terulang kembali . Apa yang berlaku tak akan pernah dikembalikan atau diundurkan masa itu . Cuma masa masa depan yang bakal kita ubahkan . " Hidup ini bukannya untuk hidup diri sendiri " jangan berkata tanpa bila bukan kerana mereka mereka yang pernah wujud dimata kita .

Selami hidup ini dengan merasai kehadiran diri kita yang sebenarnya adakah satu manfaat kepada semua orang ? maka kita cuba bertanya adakah aku masih lagi berguna untuk mereka? Menghargai hidup ini agar ianya lebih bermakna . Bila sesuatu perkara itu kurang kita mencarinya untuk menambahkan , bahawasanya kita cuba memperbaharui apa yang kurang ...

New step for begin a journey  

Tuesday, March 19, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kita Takkan Bahagia ke ?


Kita berkenalan dengan dia sekali pun kalau bukan tertulisnya nama kita untuk dia tidak mengubah apa pun untuk mendapatkan dia balik . Mereka yang pernah ditolak atau putus ( break ) dalam percintaan itu selalu mempunyai sifat amarah yang terlalu tinggi kerana atas atas kesilapan atau kebenciaan yang terlalu . Tidak ada yang dapat melarang seseorang untuk jatuh cinta mahupun menolak cinta .

Sebagaimana kita punyai hak untuk mencintai dan melamar seseorang itu, maka ada juga kita terpaksa redha dengan apa jua penerimaan seseorang itu terhadap diri kita . Adakalanya kita mencuba mendapatkan seseorang itu tapi usaha kita tidak pernah berjaya . Bahkan dalam kehidupan rumah tangga juga ada juga penceraian walaupun mereka terdahulu merupakan pasangan yang bahagia . Cinta itu hanya mengejar kebahagiaan didunia dan diakhirat .Hanya usaha dan tawakal kita untuk memiliki cinta yang benar benarnya .

Mengapa adanya putus , cerai dan penolakan perhubungan antara pasangan kekasih itu ? Sampai kita merasai cukup sempurna dimatanya dan cukup untuk membahagiakannya . Jawapannya adalah sangat ternyata bila sesuatu jodoh itu telah ditetapkan oleh yang maha esa atas setiap manusia di muka bumi ini . Hanya pasrah dan redha untuk menerima ketentuan ilahi . Tapi ada juga pasangan sudah lama berkenalan yang bahagia hingga akhir hayat .

Bagi yang kecundang berfikir positiflah apabila suatu cinta itu tidak pernah dibalas . Belum tentu kita memperoleh kebahagiaan bila hidup bersamannya . Apa yang kita pandang baik secara mata kasar , belum tentu berbuahkan kebaikan di kemudian harinya ..

Adakalanya keinginan untuk bersama orang yang kita idamkan begitu menggoda .Tapi bila ternyata cinta kita bertepuk sebelah tangan , untuk apa difikirkan lagi . Allah maha pengatur , pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang sempurna dimata kita dan akan memberikan kebahagiaan seperti yang kita idam idam kan selama ini . Bahkan mungkin lebih baik dari yang kita harapkan sebelum ini .

Be Positivi Thinking . Suatu hari kelak ketika kamu telah berkahwin dengan orang lain bukan dengan si dia yang kamu idamkan nescaya kamu begitu takjub dengan kebahagiaan yang kamu rasakan . Percayalah banyak orang yang telah merasakan hal demikian .

" Cinta itu hebat dan sangat indah pada yang mencari cinta yang suci "
" Bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita cintai . Bahagia itu mencintai semua yang kita perlu cintai "


Sekian .. 

Sunday, March 17, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Ambang Perpisahan


1.Ketika berjumpa ataupun berbicara di telefon,si dia banyak diam dari berbicara seperti selalu.Kamu saja yang tidak banyak berkata.Dia cuma menjawab acuh tak acuh saja.Sepatah ditanya,sepatahlah yang dijawabnya.

2.Kalau berjumpa,si dia kerap mempamerkan wajah yang kurang senang ataupun 'bad mood'.Tentu saja kamu sendiri tertanya-tanya mengapa si dia begitu.Alasan yang diberikan ialah 'bad mood' ataupun kurang sihat.

3.Si dia mula pandai melawan kata-kata kamu.Kalau kamu memberi pendapat ataupun membahaskan sesuatu,dia akan cuba membantahnya.

4.Kamu berdua sering bertengkar walaupun disebabkan perkara yang remeh temeh.Sebelum ini seboleh-bolehnya kamu berdua mahu mengelakkan dari bertengkar.Tapi kalai dah perkara kecil sebesar kuman pun menjadi isu,tentu saja ada yang tidak puas hati.

5.Kini dia bukanlah pendengar yang setia.Kalau dulu pada dialah kamu meluahkan perasaaannya.TApi kini bila kamu memerlukan,dia tiada.Kamu dapat rasakan yang dia juga seakan menyisihkan diri dari kamu.

6.Telefon bimbitnya sering ditutup dan apabila kamu bertanya,dia menjawab sudah kehabisan bateri ataupun tidak mahu diganggu.

7.Si dia sering berkata.Andainya kita tiada jodoh,lebih baik awak cari pengganti saya yang lebih bagus.Sekurang-kurangnya awak dapat melupakan saya'.

8.Si dia berasa sangsi dengan kamu.Tatkala kamu sibuk dengan urusan kerja,si dia selalu prasangka yang bukan-bukan.

9.Si dia sering mencari kesilapan kamu.WAupun kesilapan kamu tidaklah sebesar mana,boleh mengamuk besar juga dia dibuatnya.MAlah dia juga boleh mengungkit kisah lalu semata-mata mahu menambahkan penyebab kesilapan kamu itu.

10.Sering sangat sensentitif dan emosional.Pantang dicuit,rasa nak marah saja.

11.Si dia mula mengelakkan diri dari berjumpa dengan kamu.Pelbagai alasan diberi bila ajak berjumpa.

Kongsikan ......

Saturday, March 16, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

No mood

Berasa salah pun tak juga sebab sudah tiada apa apa pun . Jadi hanya kehendak untuk buat sesuatu perkara yang tiada siapa akan pedulinya . Jadi janganlah ada perasaan marah dan tidak menyukai . Dulu aku fikirkan kepentingan seseorang dalam hidup ini tapi seolah olah aku seorang yang penjaganya .

Thursday, March 14, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Omong Kosong

Setiap kali nak update sesuatu mesti akan tertangguh balik dan akan tunggu bila ianya dapat dipublishkan balik . Selalunya macam itulah bila memikirkan sesuatu sepintas lalu jawabnya ingatan itu hanya dapat kesan sikit sahaja yang selebihnya episod akan datang haha .

Biasalah aku seorang manusia yang biasa bukan luar biasa . Sering kali mengulangi kesilapan yang tak pernah cuba untuk membetulkan walaupun hati itu ingin tapi anggota itu malas haha . Hari ini nak update kosong je . Dan ingin menyatakan aku sebenarnya sihat waalfiat . .

Kejap kejap ! macam ada idea je nak tulis


.
.
.
.
.
.
alaaaaa lupa balik ..
Okay lah sekian terima kasih :) .....

Sunday, March 10, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tips Keyakinan ..




1.Jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri
   Kenapa kamu memperbesar-besarkan lagi kesilapan yang dilakukan sedangkan kamu masih punya lebih banyak kelebihan yang perlu diberi tumpuan utama?Apakata kata kalau kamu suruh seorang teman memberi ingatan kepada kamu tiap kali cuba rendahkan diri kamu sendiri.Disini kamu boleh tengok berapa kali kekerapan kamu berbuat demikian tanpa disedari.Jadi kamu akan lebih berhati hati lagi di lain masa.

2.Tingkatkan pencapaian diri
   Kadangkala kita sendiri tidak pasti sama ada diri kita berkualiti ataupun tidak.Seolah apa yang dilakukan seharian tidak memberi sebarang faedah.Salah satu cara mudah adalah dengan mencatatkan apa saja yang kamu lakukan di dalam buku kecil atau diari.Setiap malam sebelum tidur,senaraikan semua perkara baik yang kamu lakukan pada hari tersebut.Mungkin kamu akan rasa terperanjat bila mendapati banyak perkara menarik yang dilakukan!

3.Kurniakan hadiah untuk diri sendiri
   Tak ramai orang terpikir untuk melakukannya.Sekiranya kamu berjaya melakukan sesuatu perkara menggembirakan,apa kata kamu mengucapkan tahniah kepada diri kamu sendiri dan berikan hadiah tertentu yang kamu sukai.Sebenarnya ia dapat membantu meningkatkan lagi keyakinan diri sendiri sesorang dan kita akan lebih menghargai diri kita sendiri.Malah jika kamu renung dalam beberapa saat tentang kebaikan/kejayaan yang kamu lakukan.ia akan dapat menambah keyakinan diri.

4.Kaji kekuatan diri
   Setiap orang punya hari cuti/rehatkan diri sendiri.Walaupun hanya dalam beberepa minit saja kamu berfikir tentang kelebihan diri kamu,pasti kamu akan terkejut apabila perasaan kamu akan menjdai lebih positif.Apa kata kamu tuliskan tiga perkara yang kamu suka tentang diri kamu dan cuba ingat ia sepnjang hari.Cubalah !

5.Jaga diri sendiri
   Pastikan pemakanan kamu sihat dan seimbang serta melakukan senaman.Apabila diri kamu lebih 'fit',akan memberikan kamu kuasa tambahan serta menambah rasa yakin diri.Kamu juga rasa lebih gembira.

Read n Learn :)

Kadang kadang keyakinan kita berada pada orang orang disekelilingi kita , Jadi mereka lah pembina mereka juga semangat ..



Saturday, March 9, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Nukilan ini ...

Esok ialah hari kekasihnya boy itu sedang terpikir apa hadiah yang paling sesuai untuk girlnya . Dalam keadaan terpikir dia hanya ada 5 ringgit sahaja dan pada masa itu juga dia terpikir sesuatu hadiah yang agak sesuai dalam situasi dia dengan girl dia sekarang ..

Jadi dia membeli hadiah tersebut dengan membalutnya secantik-cantiknya .Kesokkannya  dia mengajak girlnya keluar jalan jalan sambil membuat suprise hadiah hari jadi yang first time boy membeli selama perkenalan mereka .

(kesokkannya di suatu taman )

Girl  : Awak terima kasih ye kerana bawa saya jalan jalan . Tapi pelik kenapa ye ?
Boy : Peliknya kenapa ?
Girl  : ialah selalunya kalau nak jalan jalan pun saya yang selalu ajak . Awak tak pernah pun nak cakap jom lah keluar ke apa apa ke ? kan ..
Boy  : ishh awak nie tu pun rasa pelik . Seharusnya awak cakap terima kasih dan alhamdulillah lah sebab saya mungkin dan berubah kan ?
Girl   : hahaha . awak nie lawak lah . tapi okey jugakan .
Boy  : tapi saya nak jumpa ngan awak nie sebab saya nak ucap Happy Birthday sayang ( nada yang kuat )
dan semoga panjang umur dan murah rezeki tau . Nah hadiah nie sayang !! ( nada suprise )
Girl   : awak ingat juga ye hari jadi saya .hehe terima kasih awak sayang awak tau ! sangat sangat !
Boy  : mesty lah saya ingat . awak kan kekasih saya kan .
Girl  : yela tapi saya nak buka kan boleh tak ? mesti barang nie mahal kan kan . ( dalam keadaan sangat seronok )
Boy  : ye sayang boleh . Hadiah tu bagi saya sangat mahal teramat sayang . tapi kalau tidak terlalu mahal lagi saya minta maaf lah .
Girl  : ( dia membuka kotak tersebut ) haahhh ! ( terkejut ) sayang tak akan pen , sebuah buku nota dan tisu-tisu banyak sangat nie awak bagi dekat saya nie !! mana bukti yang awak sayang dekat saya nie haa !! ( nada marah ) kalau macam nie hadiahnya saya pun boleh belilah ..( terus berjalan balik kerumahnya tanpa menoleh kekasihnya kembali ) ...

girl tu sampai ke tepi jalan .. Saya Kecewa dengan awak !! ( menjerit )
Lalu boy tersebut ambil balik kesemua hadiah hadiah tu lalu balik pulang dengan keadaan sangat sedih ..

Pada masa itu juga boy tersebut menghantar mesej dekat kekasihnya .

Boy :  Sayang hadiah itu bukan yang sebenarnya tapi ianya sebagai jenaka saya untuk awak . Saya tahu awak akan marah dan tidak suka . Tapi biar lah hadiah itu permulaannya semasa saya dengan awak . Saya beli kan pen itu untuk awak catatkan kesalahan kesalahan saya yang sering buat awak terluka dalam buka nota yang saya belikan tarikh kan nanti awak akan ingat siapa saya dimata awak . Saya mahukan awak tulis seberapa banyak yang saya pernah lakukan . Bukan itu sahaja tisu itu bila awak menangis kerana saya mungkin saya tiada disamping awak untuk mengelap airmata awak tu biarkan tisu yang saya beli itu jadi pengelapnya dan menemani kesedihan awak . Awak jangan risau hadiah saya seterusnya adalah saya akan menikahi awak suatu hari nanti anggaplah itu hadiah yang tiada tolak bandingnya lagi daripada hadiah yang saya belikan semuanya itu ... itu janji saya .. daripada bakal suamimu ..

Girl :  Selepas membaca pesanan daripada kekasihnya ( dia terus menangis teresak esak ) akhirnya dia menyesal kerana tidak menghargai sesuatu pemberian yang simple tapi membuatkan sesuatu yang bermakna untuknya dirnya juga .. Dia terus meminta maaf kepada kekasihnya ....

end .....

Pemberian seseorang adalah keikhlasan dirinya untuk memberi , bukannya sebagai satu paksaan untuk membeli  sebuah hadiah . Jadi hargailah pemberian seseorang itu dan menjagainya ..

Wednesday, March 6, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kesunyian Itu




Kesunyian adalah satu perasaan kosong yang hadir dalam diri seseorang . Dia tidak membayangkan orang lain dari sudut pandang kasar hanya dia berada disudut terpencil tanpa sesiapa disekelilingnya .Malahan hati dan jiwa dia terlalu celaru dan tidak menentu . Bagi aku kesunyian ini terlalu banyak bukan hanya kesunyian ertinya perasaan tapi kesunyian juga boleh dibahagikan daripada beberapa sudut seperti  kesunyian agama , kesunyian keluarga dan kesunyian sabahat handai .

Kesunyian perasaan adalah kesunyian yang kita lakukan sendiri dengan cara memendamkan perasaan yang terlalu . Sampai kita payah untuk meluahkan walhal kita ingin cuba keluar daripada kepompong hidup yang menyunyikan . Tapi kesunyian tersebut membuat fikiran seseorang terlalu tidak yakin dengan orang sekeliling akan menerima kehadiran dia dan dia terlalu ingin menyendiri walaupun mempunyai kawan kawan yang prihatin padanya . Kesukaran itu membuatkan dia seorang yang ego dalam hidup .

Kesunyian agama adalah kita terlalu jauh kepada pencipta kita sendiri sehingga kita leka akan permainan dunia yang merancakkan . Walaupun kita merasai dunia ini sebagai peneman yang setia kita perlu ingat bahawasanya nanti kita perlu menyendiri dalam alam yang berbeza masa itu kita teringat pada dunia tapi dunia bukan lagi peneman kita . Kita terlalu jauh daripada dunia dan pada masa itu kita perlu mencemburi dunia yang menduakan kita dengan orang lain dan membiarkan kita bersendirian nanti .

Kesunyian keluarga mungkin terlalu pahit dan mungkin terlalu pedih dalam hidup kita . Mungkin juga satu persatu keluarga kita akan hilang meninggalkan duniawi ini seperti kita mencabut kelopak kelopak bunga satu persatunya . Pada mulanya kita terlalu bahagia disamping mereka mereka bagaikan dunia ini terlalu bercahaya dengan warna warninya . Jawapan kita terjawab bila salah seorang atau pun serentak keluarga kita telah pergi tanpa kita sedari tanpa kita berada sekali dengan mereka mengikuti mereka sekali . Kesunyian tersebut menyebabkan kita menjadi kemurungan serta kita sukar terima dugaan tersebut .

Kesunyian bersahabat juga seperti mana kesunyian keluarga . Kesunyian bersahabat mungkin terlalu mengecewakan mungkin juga terlalu mengembirakan . Adakalanya kita sukar mencari kawan yang betul betul memahami hidup dan prinsip kita . Tapi bila ianya dusta kita sukar untuk menerima kepercayaan terhadap seorang kawan . Ada juga hidup seseorang terlalu suka bersendirian walhal dia mempunyai ramai kawan . Ertinya hidup prinsip dia tidak suka menyusahkan .

 Di sini berbagai definisi kita boleh buat dengan fikiran kita sendiri untuk memikirkan satu faktor yang dapat diceritakan . Kesunyiaan ini tak semesti menghalang seseorang itu untuk merasai erti kebahagiaan tapi ia mengajar dia erti kesabaran dan mengajar ia mencari warna warna sang pelangi .

Senyap saya tidak bermakna bahawa saya berhenti. Ia bermakna bahawa saya tidak mahu berhujah dengan orang-orang yang hanya tidak mahu memahami ...


Monday, March 4, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

My Quotes



* Kita sentiasa berharap seseorang itu muncul bukan hanya sebagai teman tapi sebagai yang boleh mengubah hidup menjadi lebih sempurna ..


Saturday, March 2, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Apakah Saya Telah Jatuh Cinta ?

Hanya berkongsi ~


Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata kata . Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa dibuai perasaan . Semua menjadi indah dan membahagiakan . Namun kadang kadang cinta seperti api . Jika tahu mengendalikannya , maka kita akan selamat . Jika tidak kita terus sakit dan merana .

Tanda Tanda jatuh cinta ;

Sukar Memejamkan mata 
  ♪ Bila kita dibuai perasaan jatuh cinta tidur kita menjadi tidak tenteram asyik memikirkan tentang si dia . Badan kita masih boleh baring mata dan tangan kita selalu melakukan sesuatu . Dan masa itu angan kita melayang jauh memikirkan si dia , " Apa yang dia buat ? Apa dia juga memikirkan kita ?Apa dia sama seperti kita sukar memejamkan mata .

Perasaan Sentiasa Berdebar
  ♪ Perasaan kita sentiasa berdebar debar jika bertemu atau memandang si dia . Malah sering kali serba tak kena apabila dia menyapa diri kita .


Suka Bertanya Khabar
  ♪ Ketika kita jatuh hati , keinginan kita untuk sekalu tanya khabar si dia semakin tinggi . Kita menjadi seorang yang prihatin terhadap si dia . Kita juga sering menjadi risau bila berlaku sesuatu terhadap si dia .

Resah Gelisah
  ♪ Pernah tak apabila dia tidak kelihatan atau tidak membalas text atau menjawab panggilan kita hati kita terus menjadi resah dan gelisah . Dan masa itu kita sering tertanya pada hati mana dia ? kemana dia ? .

Dihinggapi Cemburu
   ♪ Cemburu itu terlalu kuat sehinggakan si dia rapat dengan orang lain kita menjadi marah dan cemburu . Tambah tambah lagi bila si dia ketawa dan gembira dengan lelaki atau perempuan lain . Perasaan cemburu itu menjadi kuat .

Hobi Baru Termenung
  ♪ Bila kita sedang belajar atau berkerja sekalipun fikiran kita sentiasa teringat pada si dia dan masa itu secara tiba tiba kita akan termenung jauh . Kita terlalu memikirkan dan terbayang bayang wajah wajahnya sambil itu kita tersenyum keseorangan .

Ingin Selalu Bertemu
   ♪Ada saja aslasan kita untuk berjumpa denganya . Ingin bertanya , Ingin minta nasihat dan Ingin diskusi masalah . Malah kita sering kali mengajak untuk selalu berjumpa . Lepaskan rasa rindu .

Rindu Atau Apakah Ertinya ?
  ♪ Rindu itu wajib ada apabila kita bercinta . Kadang kadang kita terpaksa meninggalkan si dia atas urusan penting . Kadang kadang kita ada masalah untuk berjumpa dengannya . Kadang juga percakapan atau nasihat dia selalu terngiang ditelinga membuatkan kita merinduinya .

Bergayut di Telefon
  ♪ Selalunya kita akan lebih untuk menelefonnya semata mata untuk mendengar suaranya . Bahkan menjadikan hati kita lebih teruja dan seronok bila mendengar suaranya .

Berubah Selera  
   ♪Kehadiran si dia ternyata telah membuat jiwa kita menjadi melankolis . Kita menjadi sangat sensitif dan ingin selalu dilihat romantis . Padahal selama ini kita mungkin dikenali seorang yang payah untuk tersenyum . Namun kehadiran cinta kita telah mengubah sikap kita menjadi seorang yang riang dan gembira .

Memberi Hadiah 
  ♪ Dikala kita jatuh cinta kita jadi seorang pemurah . Kita sering memberi hadiah kepada si dia walaupun alasan kita sengaja .

Lebih Rajin
  ♪ Kita menjadi lebih semangat , kreatif dan berfikiran positif . Malah apabila kita satu kelas dengan si dia kita lagi kelihatan lebih menonjol kerajinannya .

Menjaga Penampilan 
  ♪ Dahulu mungkin kita seorang yang selekeh tapi bila kita telah temui cinta kita menjadi seorang yang menjaga penampilan . Sentiasa kelihatan kemas dan segak bila berjumpa dengan si dia .

Sedia Berkorban
  ♪ Atas nama cinta , ramai orang berkorban apa saja . Hanya satu tujuan untuk memberi kebahagiaan kepada si dia . Kita sering lakukan apa saja untuk si dia agar hatinya terjaga .

Menjadi Orang Lain
  ♪ Untuk membuat lebih mendapat perhatian daripada si dia , Maka kita sedia menjadi orang lain . Karakter kita kadang kadang berubah apa terkenang  apa yang diingini oleh si dia .

Persamaan 
  ♪ Kadang kadang secara tidak sengaja dia dan kita banyak persamaan . Kita juga rasakan macam serasi lah pulak ?

Suka Memuji 
  ♪ Selalunya kita akan memuji kecantikkannya atau ketampanannya . Hanya untuk lebih menyeronokkan hati dan kita pun rasa suka memandangnya . Rindu pun makin hilang .

Inginkan Perhatian
  ♪ Kita selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan waktu bersama kita .Meskipun hanya bertanya khabar untuk setiap hari .

Bertekad untuk Memilikinya
 ♪ Tentu sahaja , kita sangat bertekad untuk memilikinya . Apapun keadaan dirinya , kita pasrah dan menerimanya seada adanya .Meskipun kita harus menghadapi halangan dan rintangan, tekad yang ada di dalam dada menjadi semangat untuk mendapatkannya .

Doakanlah ..
Ya Allah ...
Seandainya telah Engkau  catatkan 
dia akan menjadi teman hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi ..

Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
..Dia bukan miliku 
Bawalah dia jaauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa 
bersama dengannya 

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah 
Walaupun tidak bersama dengan dirinya ...

Ya Allah ya Tuhanku...
Parsahkanlah aku dengan takdir-mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini

Ya Allah 
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
di duni dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat 

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan 
kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin ... Ya Rabbal 'Alamin

( Doa ini Di ambil dari : Dudung.net )  


Friday, March 1, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Bermonolog


Andai semua kata kata  dan cerita cerita dalam karyaku ini adalah kisah nyata dalam hidup ku ini , Mungkin aku tidak akan mampu membendung suka dan duka yang datang silih berganti .
Andai semua kata kata indah  mampu ku lukiskan setiap hari betapa kertas kertas dan warna yang akan ku tuangkan menjadi lukisan yang terindah , akupun takkan mampu mendapat belaian belaian manis setiap hari dan akupun takkan mampu mendapat duka dari perlakuan perlakuan kasih yang pahit jika itu ada .
Oh andai saja semua ini benar adanya aku hanya akan mampu berucap Terima Kasih buat semuanya kerna apapun ini aku harus menerimanya kerana takdir dan nasib tidak bisa diubah dalam sekejap ..
Wahai kasih yang tersembunyi disebalik layar lebar ini dimana dirimu berada,adakah engkau mendengarkan keluhan dan curahan hati ini .
Wahai kasih yang belum tahu siapa dirimu yang bersembunyi dibalik awan dan hujan,akankan engkau menyapaku dan menghampiriku .
Dan adakah engkau seorang mengamit jiwa ini yang akan menjadi kasihku ini ..  Khayalan dan bayangan aku takkan pernah berhenti sampai disini ...


" Love it, express a lot of different feelings with few words "

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories