...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Sunday, March 10, 2013

Tips Keyakinan ..




1.Jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri
   Kenapa kamu memperbesar-besarkan lagi kesilapan yang dilakukan sedangkan kamu masih punya lebih banyak kelebihan yang perlu diberi tumpuan utama?Apakata kata kalau kamu suruh seorang teman memberi ingatan kepada kamu tiap kali cuba rendahkan diri kamu sendiri.Disini kamu boleh tengok berapa kali kekerapan kamu berbuat demikian tanpa disedari.Jadi kamu akan lebih berhati hati lagi di lain masa.

2.Tingkatkan pencapaian diri
   Kadangkala kita sendiri tidak pasti sama ada diri kita berkualiti ataupun tidak.Seolah apa yang dilakukan seharian tidak memberi sebarang faedah.Salah satu cara mudah adalah dengan mencatatkan apa saja yang kamu lakukan di dalam buku kecil atau diari.Setiap malam sebelum tidur,senaraikan semua perkara baik yang kamu lakukan pada hari tersebut.Mungkin kamu akan rasa terperanjat bila mendapati banyak perkara menarik yang dilakukan!

3.Kurniakan hadiah untuk diri sendiri
   Tak ramai orang terpikir untuk melakukannya.Sekiranya kamu berjaya melakukan sesuatu perkara menggembirakan,apa kata kamu mengucapkan tahniah kepada diri kamu sendiri dan berikan hadiah tertentu yang kamu sukai.Sebenarnya ia dapat membantu meningkatkan lagi keyakinan diri sendiri sesorang dan kita akan lebih menghargai diri kita sendiri.Malah jika kamu renung dalam beberapa saat tentang kebaikan/kejayaan yang kamu lakukan.ia akan dapat menambah keyakinan diri.

4.Kaji kekuatan diri
   Setiap orang punya hari cuti/rehatkan diri sendiri.Walaupun hanya dalam beberepa minit saja kamu berfikir tentang kelebihan diri kamu,pasti kamu akan terkejut apabila perasaan kamu akan menjdai lebih positif.Apa kata kamu tuliskan tiga perkara yang kamu suka tentang diri kamu dan cuba ingat ia sepnjang hari.Cubalah !

5.Jaga diri sendiri
   Pastikan pemakanan kamu sihat dan seimbang serta melakukan senaman.Apabila diri kamu lebih 'fit',akan memberikan kamu kuasa tambahan serta menambah rasa yakin diri.Kamu juga rasa lebih gembira.

Read n Learn :)

Kadang kadang keyakinan kita berada pada orang orang disekelilingi kita , Jadi mereka lah pembina mereka juga semangat ..



0 ulasan:

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories