...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Saturday, April 16, 2011

A.R.A.H

Kemana lagi arah yang mesti aku tuju,
ke utara ke selatan mahupun ke barat dan ke timur,
Aku bagaikan hilang arah tuju tidak tahu mana satu arah hendak ku tuju,
bila ke barat aku pikir hendak ke timur,
bila ke utara aku pikir hendak ke selatan,


oh mengapa,
seperti juga aku berjalan jauh tanpa petunjuk arah,
aku akan sesat dan terus sesat,
tak tahu mana lagi arah yang hendak aku tuju,
tapi aku boleh lagi bertanya kemana arah itu pergi,


sesaat itu aku akan cuba mencari dan terus mencari,
arah yang perlu aku mencari,
biarlah aku perlahan-perlahan mencari arah itu,
walaupun masa itu terlalu cepat buat ku,


aku tahu masa itu terlalu cepat,
bukan aku tak cuba mencari,
tapi banyak halangan yang perlu aku rempuh satu-persatu,
bukan mudah bukan senang,


jangan kau mengalah untuk mencari,
biar penat kau hasilkan selama ini,
carilah selagi boleh,
dan boleh itu akan muncul bila kau berusaha lebih,


mulai esok dan seterusnya aku akan cuba,
tetap kan satu arah yang mesti aku tuju,
agar aku tahu matlamat hidup ini,
mahupun sakit dan luka,


perlahan-perlahan aku mencari,
bukan aku tak mahu berlari-lari,
tapi aku takut akan gelojoh mencari,
seperti aku tak dapat bayangan lagi,


aku akan mula dengan A,
akan aku akhir dengan Z,




shahfiq nizam ssa.
ciptaan sendiri... :)
senyumanmu...

2 ulasan:

syieda sharuddin said...

gler ayt kaw...power2..

ShahfiqSharuddin's said...

haha....thank..power jek..erkk

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories