...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Thursday, August 18, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Meriam Buluh Atok




Teringat masa kecik-kecik main meriam buluh bersama kazen-kazen aq.Masa itu memang best susah nak lupakan waktu-waktu itu.Kalau boleh nak main balik meriam buluh tapi semua sudah makin meningkat usia ada dah kerja ada juga sambung belajar jauh-jauh.Takda lagi kedengaran bunyi meriam dekat kampong aku..huhh bosan nya….aku je kat kampung ini lagi..

Masa aku kecik-kecik dulu kalau time nak bulan puasa aku dengan kazen aku mula lah mencari buluh yang tebal untuk jadi meriam sanggup redah hutan demi membuat meriam buluh…nak buat meriam mesty ada ini tau !!


Tapi yang paling best sekali masa tu atok ku hidup lagi dia lagi galak cucunya main meriam buluh..Kabat meriam buluh atok ku yang support kan.HAHA..kami cucu-cucunya mencari buluh je..tak sangka dia pun minat juga main..agaknya dia suka kalo cucunya main dekat umah dia kowt…J..Pernah juga suatu hari atok ku turut main meriam buluh juga….itu pun cucunya yang suruh HAHA..Atok suit kan api tok….apalagi atok k upon suit laa….kuat juga bunyi berdetum nya…..Buat meriam ini pun nak lawan dekat kampong sebelah sapa lagi kuat bunyinya….itu motifnya sebenar..HAHA memang kuat laa…bunyinya…aspek keselamatan juga kami titik beratkan..seperti ikat dawai atau getah kat buluh tu..kalau meletup takda lah buluh-buluh tu kena kat kami HAHA pandai kan..

Ada atok best kadang-kadang nak mercun minta je duit dekat atok.Atok bagi duit nah seringgit HAHA.Jadi lah dulu mana tahu minta duit banyak-banyak KAN …Lima kupang pun dah kira banyak..Lagi satu kalo duk kat umah atok nak ponteng puasa paling senang HAHA…itu yang penting !!
Tapi sekarang atok dan opah dah takda…dah meninggal dunia..sedih rasa nya..nak lepak kat umah atok dah tak dapat dah..hanya kenangan je yang ada..Sekarang takda lagi dah main meriam buluh ke mercun ke…dah takda seronok macam dulu-dulu…sekarang dah rasa sayang nak bakar duit…

Tapi aku tulis ini bukan nak galakkan orang main meriam nie..bahaya oo..budak2 skunk tak pandai jaga diri tgk berita ada yang hilang tangan kena mercun..Rasa sayang kecik-kecik dah kudong kan...Ruginya...
apa-apa pun ~
   

sekian Terima Kasih kerana Membaca 



Saturday, July 30, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Selamat menyambut Bulan Ramadhan

Pejam celik pejam celik akhirnya ramadhan datang lagi.Aku harap ramadhan kali ini dapat memberi makna pada aku.Aku harap ramdahan kali ini : aku ingin berubah

dan aku ingin mengucapkan SELAMAT menYambut BULAn RAMADHAN 2011 kepada semua kawan-kawan yang aku sayangi semua :) 

puasa jangan tak puasa... : )




dengar lahh



Tuesday, July 26, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

sayang yang tak terucap

asSalamualaikum semua readers...  : ))

apa yang saya nak kata~kadang-kadang seseorang yang mendidik kita bukan dengan cara membelai dan menunjukkan keprihatinannya. Tapi kadang-kadang membiarkan kita hidup sendirian, berguling-guling sendiri,menangis sendiri, mencari jawapan sendiri. Membiarkan kita rasa kita betul, kemudian bila tersalah kita yang membetulkan sendiri.

Tindakannya seolah-olah tidak pedulikan kita, tapi kerap kali mencuri pandang pada kita kerana kerisauannya, buat-buat tak tahu pada kita seolah-olah membenci kita tetapi sering bertanya pada orang lain tentang kita tanpa pengetahuan kita , sedangkan hatinya menangis melihat ujian yang melanda kita, menitis air mata mendoakan kita.Tak pernah menyatakan sayang pada mulutnya, tapi komunikasi tanpa suara itulah medium untuk kami berbicara, itulah sayang yang tak terucap.

Bisikan-bisikan nasihat mengiringi perjalanan kita, walaupun terpaksa bergerak kerja sendiri, tapi semangat juangnya mengiringi kita dan tak pernah kita merasai keseorangan. Walaupun terpisah jasad, walaupun jarang berjumpa tapi semangatnya tetap mekar dan ingatlah semangat itu bukan sekadar kebersamaan kita, tapi subjektif bergantung dengan keikhlasan dan pengorbanan kita. Itulah jati diri agar menjadikan kita berjiwa tegar, mampu berdikari dan berjiwa besar. 


P/S:kata "sayang" dalam seumur hidup yang terlafaz di bibir pada orang tersayang boleh dikira berapa patah yang dikata. Egokah? 



inilah yang menunjukkan sayang melalui tindakan. "The word of action".

Thursday, July 21, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Untuk Kawan Lah


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Naz : Sahabat yg baik dpt membimbing ke arah kebaikan...: )



         KAU KAWAN AKU okey !!

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories