...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...
Showing posts with label Kosong. Show all posts
Showing posts with label Kosong. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kesunyian Itu




Kesunyian adalah satu perasaan kosong yang hadir dalam diri seseorang . Dia tidak membayangkan orang lain dari sudut pandang kasar hanya dia berada disudut terpencil tanpa sesiapa disekelilingnya .Malahan hati dan jiwa dia terlalu celaru dan tidak menentu . Bagi aku kesunyian ini terlalu banyak bukan hanya kesunyian ertinya perasaan tapi kesunyian juga boleh dibahagikan daripada beberapa sudut seperti  kesunyian agama , kesunyian keluarga dan kesunyian sabahat handai .

Kesunyian perasaan adalah kesunyian yang kita lakukan sendiri dengan cara memendamkan perasaan yang terlalu . Sampai kita payah untuk meluahkan walhal kita ingin cuba keluar daripada kepompong hidup yang menyunyikan . Tapi kesunyian tersebut membuat fikiran seseorang terlalu tidak yakin dengan orang sekeliling akan menerima kehadiran dia dan dia terlalu ingin menyendiri walaupun mempunyai kawan kawan yang prihatin padanya . Kesukaran itu membuatkan dia seorang yang ego dalam hidup .

Kesunyian agama adalah kita terlalu jauh kepada pencipta kita sendiri sehingga kita leka akan permainan dunia yang merancakkan . Walaupun kita merasai dunia ini sebagai peneman yang setia kita perlu ingat bahawasanya nanti kita perlu menyendiri dalam alam yang berbeza masa itu kita teringat pada dunia tapi dunia bukan lagi peneman kita . Kita terlalu jauh daripada dunia dan pada masa itu kita perlu mencemburi dunia yang menduakan kita dengan orang lain dan membiarkan kita bersendirian nanti .

Kesunyian keluarga mungkin terlalu pahit dan mungkin terlalu pedih dalam hidup kita . Mungkin juga satu persatu keluarga kita akan hilang meninggalkan duniawi ini seperti kita mencabut kelopak kelopak bunga satu persatunya . Pada mulanya kita terlalu bahagia disamping mereka mereka bagaikan dunia ini terlalu bercahaya dengan warna warninya . Jawapan kita terjawab bila salah seorang atau pun serentak keluarga kita telah pergi tanpa kita sedari tanpa kita berada sekali dengan mereka mengikuti mereka sekali . Kesunyian tersebut menyebabkan kita menjadi kemurungan serta kita sukar terima dugaan tersebut .

Kesunyian bersahabat juga seperti mana kesunyian keluarga . Kesunyian bersahabat mungkin terlalu mengecewakan mungkin juga terlalu mengembirakan . Adakalanya kita sukar mencari kawan yang betul betul memahami hidup dan prinsip kita . Tapi bila ianya dusta kita sukar untuk menerima kepercayaan terhadap seorang kawan . Ada juga hidup seseorang terlalu suka bersendirian walhal dia mempunyai ramai kawan . Ertinya hidup prinsip dia tidak suka menyusahkan .

 Di sini berbagai definisi kita boleh buat dengan fikiran kita sendiri untuk memikirkan satu faktor yang dapat diceritakan . Kesunyiaan ini tak semesti menghalang seseorang itu untuk merasai erti kebahagiaan tapi ia mengajar dia erti kesabaran dan mengajar ia mencari warna warna sang pelangi .

Senyap saya tidak bermakna bahawa saya berhenti. Ia bermakna bahawa saya tidak mahu berhujah dengan orang-orang yang hanya tidak mahu memahami ...


Friday, January 4, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

aku bermonolog



Mahu kemana aku langkahkan kaki ...
Mencari ketenangan hati ...
Apa yang ku buat serbanya tak kena ...
Masih juga aku begini ...

Puas sudah aku cari ketenangan ...
Apakah harus aku biarkan ...
Kesetiaan ini tiada lagi ...
Pergilah pergi jauh dariku ...

Mana mungkin ... mana mungkin aku ...
Masih juga menunggu ...
Apa mungkin ... apa mungkin aku ...
Melupakan semuanya ...
ohhh lunturnya kasihku padamu tuhan ...

Seribu daya cuba ku bertahan ...
Kesabaran punya batasan ...
Akan ku kenang harapan ku dahulu ...
bagai mimpi semalam ...

Mana mungkin ... mana mungkin aku ...
Masih juga menunggu ...
Apa mungkin ... apa mungkin aku ...
Melupakan semuanya ...
ohhh hilangnya cintaku padamu tuhan ...

Maafkanlah diri dan hati ini ...
Yang masih lemah pada dugaan mu ...
Cuba aku mencuba untuk hadapinya ...
Sekali lagi ku mengharapkan kemaafanmu  ...
dari seorang insan yang lemah ...


..Segalanyaaa..

Thursday, January 3, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

15 Fakta !



15 perkara yang anda mungkin tidak pernah tahu atau fikir tentang ....

1. Sekurang-kurangnya lima orang dalam dunia ini menyayangi anda dan mereka sanggup mati kerana anda .

2. Sekurang-kurangnya lima belas orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara .

3. Satu-satunya sebab seseorang pernah akan membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun mereka tidak menyukai anda.

5. Setiap malam, seseorang akan memikirkan tentang anda sebelum mereka pergi ke tidur.

6. Anda amat bermakna kepada dunia seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak boleh hidup.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak tahu wujud dia suka anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, sesuatu yang baik datang dari ia.

11. Apabila anda berfikir dunia telah berpaling pada anda, sila lihat: anda paling mungkin juga berpaling pada dunia anda sendiri .

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan apa yang anda mahu, anda mungkin tidak akan mendapat ia, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri, mungkin, lambat laun, anda akan mendapat ia.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan kenyataan biadap.

14. Sentiasa memberitahu seseorang bagaimana anda merasa tentang mereka, anda akan berasa lebih baik apabila mereka tahu.

15. Jika anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk membiarkan mereka tahu bahawa mereka adalah hebat.



Thursday, August 30, 2012

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Story Of Love

Dear Readers



~ Kadang kadang apa yang kita miliki mungkin bukan milik kita selamanya tapi kita yakin dan terus mencuba apa yang ada didepan mata kita sendiri dan hanya tuhan sahaja yang akan menentukan dia adalah takdir kita ... 


Berusaha apa yang ada , pasti berjaya dengan hasilnya ...

Friday, June 22, 2012

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Sometimes

Kadang kadang saya suka menjadi kesepian ,
Saya mencari diri saya balik ... seperti dulu


Hati ini semakin jauh 
Hati ini semakin hilang
Hati ini semakin kosong
Tak pernah terhenti hati ini dan ia selalu pergi
Tak pernah mencuba untuk terus berdiri dan teguh sendiri
Tapi atas kerelaan hati ini perlu pergi ......... jauh sekali 

Mungkin saya silap
Namun saya tahu niat saya tidak salah!!


Sunday, April 1, 2012

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Misteri





Ya allah takutnya aku semalam tiba-tiba aku terjaga pada pukul 3 pagi . Mulalah aku rasa seram sejuk je dan dalam lima minit kemudian seluruh badan aku tak leh gerak langsung aku tak tahu kenapa ? perasaan takut aku mula menjadi jadi kenapa badan aku rasa berat sangat macam ada orang tindih je badan aku nie . dengan segala gala doa aku baca dalam hati takutnya aku rasa
aku hanya mampu buka mata je tapi sekeliling aku tiada apa apa jadi aku buat keputusan aku tutup jela mata
apa nak jadi jadilah "aku cakap dalam hati aku" 
aku rasa lama sangat benda itu tindih aku dah lah aku tidur sorang sorang
aku nak cakap pun tak leh hanya mampu dalam hati je
ia akan hilang bila aku terlelap sendirinya
dah selalu aku terkena macam ini
bila aku terjaga malam aku akan kena benda ini
dalam hati aku cakap "jangan lah ganggu aku"
dan aku baca juga ayat-ayat pelindung
tapi alhamdullilah aku hidup juga hari ini 
bila aku bangun dari tidur badan badan aku jadi lenguh
kepala aku rasa berdeyut deyut je
semua rasa macam tak kena
lepas aku mandi lega semuanya syukur ~

..

Saturday, December 10, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Pada itu aku terangkan

dengarkan








p/s : Andainya semalam aku silap tolonglah perbetulkan aku hari ini 
                                    agar aku tak pernah lupa atas kesilapan itu.

Sunday, September 11, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

ia Sendirian Lagi


Kadang kadang orang akan merasa bingung menghadapi kehidupan ini. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya, tidak tahu apa yang akan dicari selama ini. Dalam tak sedar segala macam cara ditempuh untuk mendapatkan jawabannya. Ada yang berusaha mendapatkan harga diri, ada yang berusaha mencari kekayaan sebanyak mungkin, ada yang berusaha mencari ilmu setinggi puncak. 

Banyak perkara yang telah dilalui, namun kekosongan hati itu telah membuat dia berjalan jauh sekali , sampai suatu saat timbul pertanyaan dalam dirinya: “Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini? Apa yang ingin aku capai? Apa yang ingin aku buat?” bertubi-tubi pertanyaan itu datang yang membuat dirinya bertambah bingung dan tidak menentu.

Termenung sementara. Tiba-tiba muncul jawaban pada dirinya bahawa mereka jarang  untuk melihat dirinya sendirian. Selama ini yang mereka lihat adalah dia ditemani sekumpulan peneman , pendengar , dan penghibur . Ia ingin bersaing dengan orang lain. Ia ingin berbuat untuk orang lain. Dan ia ingin mengembirakan orang lain. Yang dia lihat, yang dia cari adalah kebahagiaan dan kesempurnaan dalam kehidupannya. 

Dalam merenung itu ia mulai merasakan betapa ia kehilangan dirinya sendiri, kehilangan sumber kehidupan, sumber kekuatan, sumber pengetahuannya sendiri, yakni yakin terhadap diri sendiri. Dalam merenung, ia merasakan bahwa dirinya jarang berguru dengan asalnya sendiri yang memberikan kehidupan, yang memberikan kasih sayang, yakni Tuhan Yang Maha Esa. Dalam terpikir, ia mulai bangkit, bangkit untuk maju menghadapi kehidupan.

Sekarang ia telah mantap untuk meniti samudera, maju ke hadapan , menghadapi kehidupan yang penuh dugaan , cubaan, dan rintangan. Ia tidak kehilangan arah lagi. Walaupun kehidupan ini seperti kehidupan di dalam rimba: “Siapa yang kuat ia akan menang, siapa yang kuasa ia akan benar,” namun ia tidak ragu-ragu lagi. Ketabahannya merempuhi  halangan merupakan panduan jalan pasti yang akan ia jalani. 


Kebahagiaan merupakan awal mulainya perjuangan itu tanpa mengikatkan diri pada hasilnya.  Tuhan Yang Maha Esa akan selalu menbantu dan menerangi dirinya untuk selangkah demi selangkah maju, tanpa melihat ke belakang lagi. Jalan terang dan lurus di depan matanya.

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories