...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Sunday, June 12, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Jangan Sekali ikut ini Laju !



kadang-kadang aku naik kereta dengan ayah dan abg aku tiba-tiba aku rasa takut ! laju kalau dia bawa kereta atas jalan raya pun laju apatah lagi lebuh raya tapi lebuh  raya takda lah seram sangat kan rilex je..jalan banyak kosong boleh motong-motong lagi.Kalau dekat jalan raya yang satu jalan je takda jalan memotong itu yang aku takut sangat tu..12o-13o km tu tak sah lah..pastu asyik nak memotong je seram tu makin dekat-dekat dengan kereta depan kalau lah kereta depan brek entah lah..bila aku duduk sebelah drive kaki aku pula rasa nak brek je ...haha tapi kadang-kadang  aku pun bila bawa kereta laju juga tapi bila aku bawa aku tak rasa takut pun laju ke apa ke haha....pastu aku selalu bawa gila-gila siapa yang pernah naik ngan aku tu depa paham lah..bawa laju nie kepuasan tau !! aku rasa lah....nikmat membawa tu penting.....daripada bawa slow..geram tau rasa kalau orang di depan slow gila sabar je.....tapi aku bawa kereta pun aku selalu berzikir..ini untuk selamat kan apa yang terjadi..pesan mak aku nie aq ingat !! tak pernah miss....

tapi kena ingat juga jangan bawa laju nanti kemalangan sapa yang susah kan...lagi satu jangan bongkak dan sombong bila memandu okay !!..
renung-renungkan ;)

Tuesday, June 7, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kenapa perlu Ketawa



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK.KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekadar nya sahaja ok ?

Saturday, April 16, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

A.R.A.H

Kemana lagi arah yang mesti aku tuju,
ke utara ke selatan mahupun ke barat dan ke timur,
Aku bagaikan hilang arah tuju tidak tahu mana satu arah hendak ku tuju,
bila ke barat aku pikir hendak ke timur,
bila ke utara aku pikir hendak ke selatan,


oh mengapa,
seperti juga aku berjalan jauh tanpa petunjuk arah,
aku akan sesat dan terus sesat,
tak tahu mana lagi arah yang hendak aku tuju,
tapi aku boleh lagi bertanya kemana arah itu pergi,


sesaat itu aku akan cuba mencari dan terus mencari,
arah yang perlu aku mencari,
biarlah aku perlahan-perlahan mencari arah itu,
walaupun masa itu terlalu cepat buat ku,


aku tahu masa itu terlalu cepat,
bukan aku tak cuba mencari,
tapi banyak halangan yang perlu aku rempuh satu-persatu,
bukan mudah bukan senang,


jangan kau mengalah untuk mencari,
biar penat kau hasilkan selama ini,
carilah selagi boleh,
dan boleh itu akan muncul bila kau berusaha lebih,


mulai esok dan seterusnya aku akan cuba,
tetap kan satu arah yang mesti aku tuju,
agar aku tahu matlamat hidup ini,
mahupun sakit dan luka,


perlahan-perlahan aku mencari,
bukan aku tak mahu berlari-lari,
tapi aku takut akan gelojoh mencari,
seperti aku tak dapat bayangan lagi,


aku akan mula dengan A,
akan aku akhir dengan Z,




shahfiq nizam ssa.
ciptaan sendiri... :)
senyumanmu...

Saturday, April 9, 2011

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Juwita





Tiada baris kata yang dapat kulafazkan

Untuk kugambarkan erti pengorbanan mu
Tiada syair indah, termampu kuciptakan
Yang setanding indahnya, belai kasihmu... Juwita

Akulah sebenarnya yang hanyut dan terlupa
Di dalam mengejar impian kukorbankan bahgia
Biarpun terluka hidup penuh gelora
Ketabahanmu meredakan badai

Di sebalik senyummu
Tersembunyi seribu lara
Kau layarkan jua
Bahtera cinta tiada sangsi
Tulus dan suci oh oh

Terima kasih padamu adinda
Kerna sudi memaafkan dosa silam
Dan sesungguhnya engkaulah permata
Menerangi hatiku yang kegelapan

Izinkan diriku... berjanji padamu
Akan kubela menghulur bahgia
Hingga ke akhirnya
Oh oh... kasihmu juwita...

Terima kasih pada mu adinda
Kerna sudi memaafkan diri ini
Juwita....

lagu nie best sangt2...love it +D

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories