...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Saturday, March 16, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

No mood

Berasa salah pun tak juga sebab sudah tiada apa apa pun . Jadi hanya kehendak untuk buat sesuatu perkara yang tiada siapa akan pedulinya . Jadi janganlah ada perasaan marah dan tidak menyukai . Dulu aku fikirkan kepentingan seseorang dalam hidup ini tapi seolah olah aku seorang yang penjaganya .

Thursday, March 14, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Omong Kosong

Setiap kali nak update sesuatu mesti akan tertangguh balik dan akan tunggu bila ianya dapat dipublishkan balik . Selalunya macam itulah bila memikirkan sesuatu sepintas lalu jawabnya ingatan itu hanya dapat kesan sikit sahaja yang selebihnya episod akan datang haha .

Biasalah aku seorang manusia yang biasa bukan luar biasa . Sering kali mengulangi kesilapan yang tak pernah cuba untuk membetulkan walaupun hati itu ingin tapi anggota itu malas haha . Hari ini nak update kosong je . Dan ingin menyatakan aku sebenarnya sihat waalfiat . .

Kejap kejap ! macam ada idea je nak tulis


.
.
.
.
.
.
alaaaaa lupa balik ..
Okay lah sekian terima kasih :) .....

Sunday, March 10, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Tips Keyakinan ..




1.Jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri
   Kenapa kamu memperbesar-besarkan lagi kesilapan yang dilakukan sedangkan kamu masih punya lebih banyak kelebihan yang perlu diberi tumpuan utama?Apakata kata kalau kamu suruh seorang teman memberi ingatan kepada kamu tiap kali cuba rendahkan diri kamu sendiri.Disini kamu boleh tengok berapa kali kekerapan kamu berbuat demikian tanpa disedari.Jadi kamu akan lebih berhati hati lagi di lain masa.

2.Tingkatkan pencapaian diri
   Kadangkala kita sendiri tidak pasti sama ada diri kita berkualiti ataupun tidak.Seolah apa yang dilakukan seharian tidak memberi sebarang faedah.Salah satu cara mudah adalah dengan mencatatkan apa saja yang kamu lakukan di dalam buku kecil atau diari.Setiap malam sebelum tidur,senaraikan semua perkara baik yang kamu lakukan pada hari tersebut.Mungkin kamu akan rasa terperanjat bila mendapati banyak perkara menarik yang dilakukan!

3.Kurniakan hadiah untuk diri sendiri
   Tak ramai orang terpikir untuk melakukannya.Sekiranya kamu berjaya melakukan sesuatu perkara menggembirakan,apa kata kamu mengucapkan tahniah kepada diri kamu sendiri dan berikan hadiah tertentu yang kamu sukai.Sebenarnya ia dapat membantu meningkatkan lagi keyakinan diri sendiri sesorang dan kita akan lebih menghargai diri kita sendiri.Malah jika kamu renung dalam beberapa saat tentang kebaikan/kejayaan yang kamu lakukan.ia akan dapat menambah keyakinan diri.

4.Kaji kekuatan diri
   Setiap orang punya hari cuti/rehatkan diri sendiri.Walaupun hanya dalam beberepa minit saja kamu berfikir tentang kelebihan diri kamu,pasti kamu akan terkejut apabila perasaan kamu akan menjdai lebih positif.Apa kata kamu tuliskan tiga perkara yang kamu suka tentang diri kamu dan cuba ingat ia sepnjang hari.Cubalah !

5.Jaga diri sendiri
   Pastikan pemakanan kamu sihat dan seimbang serta melakukan senaman.Apabila diri kamu lebih 'fit',akan memberikan kamu kuasa tambahan serta menambah rasa yakin diri.Kamu juga rasa lebih gembira.

Read n Learn :)

Kadang kadang keyakinan kita berada pada orang orang disekelilingi kita , Jadi mereka lah pembina mereka juga semangat ..



Saturday, March 9, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Nukilan ini ...

Esok ialah hari kekasihnya boy itu sedang terpikir apa hadiah yang paling sesuai untuk girlnya . Dalam keadaan terpikir dia hanya ada 5 ringgit sahaja dan pada masa itu juga dia terpikir sesuatu hadiah yang agak sesuai dalam situasi dia dengan girl dia sekarang ..

Jadi dia membeli hadiah tersebut dengan membalutnya secantik-cantiknya .Kesokkannya  dia mengajak girlnya keluar jalan jalan sambil membuat suprise hadiah hari jadi yang first time boy membeli selama perkenalan mereka .

(kesokkannya di suatu taman )

Girl  : Awak terima kasih ye kerana bawa saya jalan jalan . Tapi pelik kenapa ye ?
Boy : Peliknya kenapa ?
Girl  : ialah selalunya kalau nak jalan jalan pun saya yang selalu ajak . Awak tak pernah pun nak cakap jom lah keluar ke apa apa ke ? kan ..
Boy  : ishh awak nie tu pun rasa pelik . Seharusnya awak cakap terima kasih dan alhamdulillah lah sebab saya mungkin dan berubah kan ?
Girl   : hahaha . awak nie lawak lah . tapi okey jugakan .
Boy  : tapi saya nak jumpa ngan awak nie sebab saya nak ucap Happy Birthday sayang ( nada yang kuat )
dan semoga panjang umur dan murah rezeki tau . Nah hadiah nie sayang !! ( nada suprise )
Girl   : awak ingat juga ye hari jadi saya .hehe terima kasih awak sayang awak tau ! sangat sangat !
Boy  : mesty lah saya ingat . awak kan kekasih saya kan .
Girl  : yela tapi saya nak buka kan boleh tak ? mesti barang nie mahal kan kan . ( dalam keadaan sangat seronok )
Boy  : ye sayang boleh . Hadiah tu bagi saya sangat mahal teramat sayang . tapi kalau tidak terlalu mahal lagi saya minta maaf lah .
Girl  : ( dia membuka kotak tersebut ) haahhh ! ( terkejut ) sayang tak akan pen , sebuah buku nota dan tisu-tisu banyak sangat nie awak bagi dekat saya nie !! mana bukti yang awak sayang dekat saya nie haa !! ( nada marah ) kalau macam nie hadiahnya saya pun boleh belilah ..( terus berjalan balik kerumahnya tanpa menoleh kekasihnya kembali ) ...

girl tu sampai ke tepi jalan .. Saya Kecewa dengan awak !! ( menjerit )
Lalu boy tersebut ambil balik kesemua hadiah hadiah tu lalu balik pulang dengan keadaan sangat sedih ..

Pada masa itu juga boy tersebut menghantar mesej dekat kekasihnya .

Boy :  Sayang hadiah itu bukan yang sebenarnya tapi ianya sebagai jenaka saya untuk awak . Saya tahu awak akan marah dan tidak suka . Tapi biar lah hadiah itu permulaannya semasa saya dengan awak . Saya beli kan pen itu untuk awak catatkan kesalahan kesalahan saya yang sering buat awak terluka dalam buka nota yang saya belikan tarikh kan nanti awak akan ingat siapa saya dimata awak . Saya mahukan awak tulis seberapa banyak yang saya pernah lakukan . Bukan itu sahaja tisu itu bila awak menangis kerana saya mungkin saya tiada disamping awak untuk mengelap airmata awak tu biarkan tisu yang saya beli itu jadi pengelapnya dan menemani kesedihan awak . Awak jangan risau hadiah saya seterusnya adalah saya akan menikahi awak suatu hari nanti anggaplah itu hadiah yang tiada tolak bandingnya lagi daripada hadiah yang saya belikan semuanya itu ... itu janji saya .. daripada bakal suamimu ..

Girl :  Selepas membaca pesanan daripada kekasihnya ( dia terus menangis teresak esak ) akhirnya dia menyesal kerana tidak menghargai sesuatu pemberian yang simple tapi membuatkan sesuatu yang bermakna untuknya dirnya juga .. Dia terus meminta maaf kepada kekasihnya ....

end .....

Pemberian seseorang adalah keikhlasan dirinya untuk memberi , bukannya sebagai satu paksaan untuk membeli  sebuah hadiah . Jadi hargailah pemberian seseorang itu dan menjagainya ..

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories