...Assalamualaikum Selamat datang ke blog ini | baca | share | follow | komen | pandangan | enjoy | thanks for visit | goodbye...

Sunday, January 6, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Pergi Buat Seketika Blogger

Assalamualaikum dunia blogger ..

Yahoo ! semangatnya aku untuk esok harap harap macam inilah . Kalau boleh nak tebus semua kegagalan yang lepas mulakan sesuatu yang baru dan masih berharap kekuatan keyakinan aku bertambah . Nak diceritakan ini mungkin last post aku apa hendak buat kan . Nanti ada ruang ada masa akan aku kesini menceritakan segalanya perjalanan dunia ini . HAHA itu yang mampu dituliskan so apa aku kesah . Sebab itu ramli sarip bagitahu Dunia ini perlumbaan ! kita harus mengejarnya okay ! walaupun saya agak terlambat tapi saya telah memulakan satu perkara yang baru semula . semoga saya berjaya . ameen :)

7 januari 2013 wahai Mohd Shahfiq Nizam Bin Sharuddin ketahuilah anda berada dalam dunia yang berbeza ketahuilah juga dunia itu penuh dugaannya berharap anda mampu lakukan walaupun ianya tidak terlalu tinggi pangkatnya dibandingkan dunia yang lain . Rahsia saya . pangkalnya " Dunia " .. ini sahaja yang saya mampu sebab minat saya yang pertama minat kedua dalam dunia masakan terlalu takut nak ceburi tak yakin haha . Seram pula lagi pun takut nak tinggalkan mak dah la mak sorang sorang je kat rumah . Alaa mak takpa kan pek pergi . Hope mak doakan pek baik baik disana nanti . Doakan agak anakmu yakin kuat dan mampu mengubah segala kelemahan dan kekurangan yang ada .

Anda yang membaca doakan aku segalanya dan mampu lakukan sesuatu untuk dunia aku sendiri . Semangat dan nasihat amat berguna untuk menambah keyakinan yang ada kan tak salah meminta . Okaylah apa apa pun terima kasih pada pembaca setia aku . Semoga kita berjumpa lagi haha ( apa aku ini merapu ) macam tak berjumpa  fb , twitter kan ada :) ...



" Good Bye "

Saturday, January 5, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Cinta itu Kenapa ?


Kenapa cinta bukan dari kehendak kita boleh buat kita bahagia ?
Kenapa cinta daripada orang tua kita boleh buat kita bahagia ?
Kenapa cinta terlalu cepat dengan dia kita juga boleh bahagia ?
Kenapa cinta bukan dari awal perkenalan kita masih boleh bahagia ?
Kenapa cinta terpaksa kita juga akan turut bahagia ?
Kenapa cinta terlanjur mampu akhirnya bahagia ?
dan kenapa cinta yang tulus terlalu lama kita mengejar bahagia ?

Adakah ini dugaannya . Ya Allah benarkah kamu menguji kemampuan kami kekuatan kami keangkuhan kami kesungguhan kami untuk membina satu kebahagiaan . Jika itulah yang dicari kami redha kami menyahutnya asalkan tiada memisahkan kami lagi . Sesungguhnya kami ingin memilik bahagia dunia dan akhirat .

Apabila aku mula berasa lemah adakah aku telah hilang rasa keyakinan untuk mencari untuk memiliki suatu perasaan yang semua manusia inginkan tapi bagaimana aku mulakan semula ? Tak semestinya cinta aku pada kekasih tetapi cinta aku pada semuanya kerana ada kesemuanya dalam hidup ini adalah terlalu sempurna hidup buatku . Tiada lagi kesunyian pudar juga kesedihan bila hari hari aku bersama sama mereka menjalani kebahagiaan bersama . Mungkin ini yang dicari .


#Letmeknowyou
#Letyouknowme

Friday, January 4, 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Cerita aku Part 1 [ cinta itu sakit atau permainan ]

" Angin bawalah hati ini merasai kehadiran aku disisimu agar hatiku tidak kesunyian lagi " Rintihan seorang lelaki membisik-bisik pada bayangan hayalan dia . Kalau aku tahu cinta menyukarkan dan kalau aku tahu cinta itu satu permainan akan aku sedaya upaya memberi sepenuh tenaga aku . Kata kata selalu terbayang bayang dalam fikiran  membuat dia terasa terlambat dan sesal akan kisahnya yang lepas . Mampukah aku diberi peluang semula mampukah aku diberi kepercayaan semula ?

Lelaki yang bernama Am tidak menyedari bahawa dia telah leka dengan permainan percintaannya . Lalu dia telah menghampakan satu perasaan seorang gadis yang terlalu sempurna di depan matanya sendiri . Oleh kerana perangai dan sikap dia terlalu berubah gadis tersebut telah pergi jauh dari hidup Am . Pada mulanya perkenalan Am seorang yang terlalu sempurna dimata seorang gadis yang bernama Syu . Mereka berkenal sejak mereka bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Emas yang mana mereka seorang pengawas sekolah disitulah Am mula terpikat kepada Syu . Bagi Am memiliki Syu adalah satu yang teristimewa baginya tetapi dia mengambil masa terlalu lama untuk memiliki Syu . Mungkin bagi Am satu cabaran untuk memiliki hati yang pertama dalam hidupnya . Bagi Syu Am merupakan seorang yang pandai mengambil hatinya dengan cara dia gaya dia telah membuka pintu hati Syu untuk Am .Walaupun Am lebih setahun tua daripadanya . Masa itulah mereka telah menjalinkan hubungan percintaan .


0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

aku bermonolog



Mahu kemana aku langkahkan kaki ...
Mencari ketenangan hati ...
Apa yang ku buat serbanya tak kena ...
Masih juga aku begini ...

Puas sudah aku cari ketenangan ...
Apakah harus aku biarkan ...
Kesetiaan ini tiada lagi ...
Pergilah pergi jauh dariku ...

Mana mungkin ... mana mungkin aku ...
Masih juga menunggu ...
Apa mungkin ... apa mungkin aku ...
Melupakan semuanya ...
ohhh lunturnya kasihku padamu tuhan ...

Seribu daya cuba ku bertahan ...
Kesabaran punya batasan ...
Akan ku kenang harapan ku dahulu ...
bagai mimpi semalam ...

Mana mungkin ... mana mungkin aku ...
Masih juga menunggu ...
Apa mungkin ... apa mungkin aku ...
Melupakan semuanya ...
ohhh hilangnya cintaku padamu tuhan ...

Maafkanlah diri dan hati ini ...
Yang masih lemah pada dugaan mu ...
Cuba aku mencuba untuk hadapinya ...
Sekali lagi ku mengharapkan kemaafanmu  ...
dari seorang insan yang lemah ...


..Segalanyaaa..

    Popular Posts

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Categories